• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TH Pastikan Jemaah Malaysia Laksana Ibadah Haji Lancar

oleh Ahmad Albab
19/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR PUTEH – Tabung Haji (TH) akan sentiasa berhubung dengan pihak keselamatan kerajaan Arab Saudi bagi memastikan keselamatan jemaah haji negara ini semasa mereka menunaikan ibadah haji di tanah suci.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata maklumat yang diterima daripada pihak keselamatan kerajaan Arab Saudi itu akan membolehkan TH menyelaras pergerakan jemaah bagi menunaikan ibadah tersebut sebaik mungkin.

“Perkara yang lebih penting sekarang ialah jemaah haji dapat mematuhi setiap arahan yang akan dikeluarkan oleh Tabung Haji mengikut situasi semasa,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis sambutan Aidilfitri peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Puteh di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Asyraf Wajdi berkata jemaah haji tidak perlu bimbang dengan ancaman daripada kumpulan militan ketika mereka mengerjakan ibadah haji.

“Kerajaan mahu jemaah haji kita terus kekal menunjukkan disiplin yang tinggi ketika berada di Tanah Suci supaya dihormati dan mendapat kepujian bukan sahaja oleh kerajaan Arab Saudi bahkan juga negara-negara Islam lain,” katanya.

Sebanyak 22,320 jemaah haji negara ini akan menunaikan ibadah haji pada tahun ini dengan penerbangan pertama pada 4 Ogos ini manakala penerbangan terakhir pada 4 Sept depan.

Lebih 300 pengetua dan guru besar sekolah menengah dan rendah di daerah Pasir Puteh menghadiri majlis sambutan hari raya berkenaan.

Turut hadir Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman dan Pengarah Jabatan Pendidikan Kelantan, Datuk Abdul Aziz Abdullah. – BERNAMA

Tags: jemaah hajiTabung Haji
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memuji sikap dan disiplin jemaah haji...

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

Penerbangan Bawa 278 Jemaah Haji Malaysia Mendarat Di Oman Ekoran Isu Teknikal

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) memaklumkan penerbangan KT051 (MH8110) kendalian Malaysia Airlines (MAS) yang membawa jemaah haji Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd