• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TH Akan Mesyuarat Bicang Soal Kuota Tambahan

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

YAN – Tabung Haji akan bermesyuarat bagi membincangkan soal tarikh yang sesuai untuk merayu dan menerima kuota tambahan jemaah haji sekiranya diberikan oleh kerajaan Arab Saudi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata berdasarkan pengalaman lalu, penawaran kuota tambahan oleh kerajaan Arab Saudi dibuat pada saat-saat akhir menyebabkan timbul kesulitan di peringkat Tabung Haji dan jemaah haji sendiri.

“Saya sudah panggil pihak Tabung Haji untuk cari satu tarikh tetap yang sesuai untuk rayuan kita diputuskan sebab saya melihat berdasarkan pengalaman lalu, kita lambat mendapat kuota tambahan.

“Bila sebut kuota tambahan akan terikat dengan urusan penerbangan, penyewaan penginapan tambahan, hak pendaratan dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program pelepasan Larian Aspiring Jerai Geopark di Geotapak Titi Hayun, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Jamil Khir berkata langkah kerajaan Arab Saudi menetapkan syarat keselamatan baharu penggunaan biometrik 10 jari tangan susulan insiden serangan pengganas di beberapa lokasi awal bulan ini, wajar dipuji.

Jelasnya, langkah tersebut bukan bertujuan untuk menimbulkan kesukaran kepada jemaah haji namun bagi mengelakkan kemasukan pengganas yang boleh membahayakan nyawa jemaah haji.

Jamil Khir berkata Tabung Haji akan memberikan taklimat mengenai kaedah baharu tersebut kepada semua jemaah haji termasuklah sewaktu kursus haji perdana dan semasa jemaah berkumpul sebelum berlepas untuk menunaikan ibadah haji.

Susulan insiden serangan pengganas berhampiran Masjid Nabawi di Madinah awal bulan ini, kerajaan Arab Saudi menetapkan syarat keselamatan baharu iaitu penggunaan biometrik 10 jari tangan bagi semua jemaah haji bermula tahun ini.

Pada program itu, selain acara larian, turut diadakan pertandingan gubahan, ukiran buah, persembahan seni dan kebudayaan serta pameran daripada beberapa agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan.

Hadir sama Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Kedah, Perlis dan Pulau Pinang, Zainol Husin dan Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr Mokhtar Saidin. – BERNAMA

Tags: Jamil KhirTabung Haji
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Isu Tabung Haji: Jika RAV Tidak Boleh Pakai, Haramkan Kaedah Ini Di Malaysia

Isu Tabung Haji: Jika RAV Tidak Boleh Pakai, Haramkan Kaedah Ini Di Malaysia

27/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemerhati politik, Abdul Rahim Hilmi Zakariya berpandangan Tabung Haji (TH) bukanlah sebuah syarikat yang perlu diurus 100...

PAC Buka Prosiding Siasat Tadbir Urus, Kewangan dan Pelaburan Tabung Haji

PAC Buka Prosiding Siasat Tadbir Urus, Kewangan dan Pelaburan Tabung Haji

26/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen bersetuju sebulat suara untuk memulakan prosiding bagi menyiasat kelemahan tadbir urus,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd