• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peruntukan Untuk Khairul Idham Telah Diluluskan

oleh Ahmad Albab
20/07/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Belia dan Sukan telah meluluskan peruntukan permulaan sebanyak RM100,000 bagi membantu karier pelumba Moto3 negara Khairul Idham Pawi, kata Menterinya Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata peruntukan yang diluluskan bulan lepas itu bagaimanapun tidak dapat diserahkan kepada Khairul Idham selepas pelumba berusia 17 tahun itu gagal memberikan nombor akaun miliknya serta beberapa dokumen yang diperlukan.

“Saya mempunyai salinan surat daripada Jabatan Belia dan Sukan Negara bertarikh 24 Jun 2016 yang dihantar kepada Khairul Idham berkenaan kelulusan peruntukan RM100,000 seperti yang dijanjikan sebelum ini.

“Dalam surat itu kita meminta beberapa maklumat peribadi termasuk akaun bank atas nama Khairul Idham tetapi diberikan akaun bank atas nama bapanya, Pawi Omar dan dokumen yang diserahkan juga tidak lengkap seperti diminta,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Perdana Fellows Structured BootCamp 2016 di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai keluhan Pawi, 52, Isnin lepas yang terkilan tiada pihak membantu pembangunan karier pemenang Moto3 Grand Prix Jerman seperti membiayai kos pegawai pengiring untuk Khairul Idham.

Menurut laporan akhbar, Pawi mendakwa sehingga kini, mereka terpaksa mengeluarkan wang sendiri bagi melancarkan karier anaknya termasuk membiayai pegawai pengiring.

Mengulas lanjut, Khairy berkata kementerian tidak boleh menyerahkan peruntukan tersebut begitu sahaja kerana selain memerlukan dokumen yang lengkap wang tersebut diluluskan atas nama Khairul Idham, bukan bapanya.

Selain mahu semua pihak menyampaikan maklumat yang benar, Khairy juga memaklumkan beliau telah mengarahkan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan untuk meluluskan RM100,000 lagi kepada pelumba pasukan Honda Team Asia itu sebagai tambahan kepada peruntukan yang diluluskan sebelum ini.

Mengenai tujuan peruntukan, katanya ia diluluskan atas nama pembangunan karier Khairul Idham dan terpulang kepadanya bagaimana untuk menggunakan wang tersebut sama ada untuk latihan, peralatan atau membayar pegawai pengiring seperti yang diminta. – BERNAMA

Tags: Khairul Idham PawiKhairy Jamaluddin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd