Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

Neelofa Kongsi Rahsia Bergelar...

SIAPA yang tidak kenal dengan personaliti dan usahawan popular, Noor Neelofa Mohd. Noor...

UNIKL BMI Sedia Urus...

KUALA LUMPUR - Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UNIKL BMI) bersedia untuk...

Lebuh Raya Tanpa Tol...

BALI - Pembinaan lebuh raya tanpa mengenakan kutipan tol tidak mungkin dapat diwujudkan,...

265 Hadis Palsu Dikesan...

Bagi masyarakat Islam di negara ini yang ingin mendalami ilmu agama terutama dalam...

Penjawat Awam Perlu Bayar Sendiri Tabung Pencen Mereka

KETUA Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), Wan Kamaruzaman Wan Ahmad memberi kenyataan mengejutkan hari ini apabila berkata, penjawat awam mungkin perlu membayar sendiri tabung persaraan mereka, sama seperti pekerja swasta menyalurkan pendapatan mereka kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Dalam kenyataan disiarkan akhbar The Sun, Wan Kamaruzaman dilaporkan berkata skim pencen semasa penjawat awam yang dipanggil ‘manfaat pasti’ agak sukar untuk dikekalkan dan alternatif yang ada ialah skim jenis KWSP yang digelar ‘sumbangan pasti’.

Menerusi skim sekarang penjawat awam tidak perlu membuat caruman sendiri sebaliknya ia dibayar oleh majikan termasuk badan berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Ianya membolehkan mereka mendapat separuh daripada gaji terakhir untuk seumur hidup setelah bersara pada usia 60 tahun, dan terus disumbangkan kepada pasangan selepas mereka meninggal dunia.

Walau bagaimanapun skim semasa ini membuatkan kerajaan menanggung liabiliti sehingga RM300 bilion malah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pernah mengakui ianya sukar dikekalkan untuk jangka panjang.

Menerusi skim ‘sumbangan pasti’ kerajaan dapat mengurangkan bebanan bagi liabiliti pencen yang sentiasa bertambah, jelas Wan Kamaruzaman.


KWAP yang beroperasi di Cyberjaya, mengendalikan operasi pencen penjawat awam setelah kesemua jabatan pencen awam yang sebelum ini berada di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) diserap di bawahnya sejak November 2015.

Selain itu pengubahsuaian yang dibuat ke atas Akta Dana Persaraan 2007 awal tahun lepas turut menyaksikan KWAP mengambil alih operasi pembayaran pencen bulanan kepada 700,000 pesara kerajaan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori