• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PBAKM Diminta Bantu Kerajaan Tingkat Sokongan Rakyat

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERA – Semua anggota Persatuan Bekas Anggota Kemas Malaysia (PBAKM) diminta memainkan peranan masing-masing membantu kerajaan mendapatkan sokongan penuh rakyat.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata dengan kepakaran dan pengalaman dimiliki bekas anggota Kemas itu mereka mempunyai keupayaan meningkatkan sokongan rakyat terhadap semua usaha yang dilaksanakan kerajaan.

“Walaupun ahli PBAKM sudah tamat perkhidmatan (dalam kerajaan) tetapi kepakaran mereka kita masih perlukan. Kerajaan sendiri menghargai peranan dimainkan (anggota) Kemas apabila kerajaan memberikan bantuan antaranya elaun sara hidup RM300 sebulan kepada bekas Kemas yang berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun dan pencen pada usia 55 tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis sambutan Aidilfitri PBAKM dan melancarkan Kelab Wawasan Anak Muda Perintis Intelektual SeMalaysia (Waris) peringkat negeri di sini, hari ini.

Ismail Sabri berkata bagi tujuan itu PBAKM diminta memberikan penjelasan secara meluas kepada rakyat berikutan pada masa ini kerajaan banyak difitnah pihak tidak bertanggungjawab yang bertujuan cuba menjatuhkan kerajaan.

Dalam pada itu, beliau turut meminta waris anggota agar memainkan peranan sama mendekati golongan muda demi pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat. – BERNAMA

Tags: Ismail Sabrirakyat Malaysia
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Rakam Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, Kehilangan Dirasai Rakyat Malaysia

PAS Rakam Takziah Pemergian Tun Dr Siti Hasmah, Kehilangan Dirasai Rakyat Malaysia

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS merakamkan ucapan takziah kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarga atas pemergian isterinya,...

Tony Pua Dakwa Rakyat Malaysia Gembira Najib Kekal Di Penjara Kajang

Tony Pua Dakwa Rakyat Malaysia Gembira Najib Kekal Di Penjara Kajang

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP, Tony Pua mendakwa konon terdapat cubaan meraih simpati berhubung isu pembayaran denda RM50 juta yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd