• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

NGO Islam Disaran Bersikap ‘Non-Partisan’

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berteraskan Islam disaran agar bersikap ‘non-partisan’ dengan tidak menyebelahi mana-mana parti politik.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang menyarankan perkara itu berkata ini penting agar pertubuhan itu kekal sebagai ejen pendesak terutama apabila ada sesuatu masalah berkaitan Islam dibangkitkan.

“Dalam hal yang melibatkan Islam dan kepentingan Islam, tidak kira kita dari parti (dan pertubuhan) mana, ideologi mana… kita seharusnya wajib bersama, senada dan satu suara.

“Dalam konteks ini NGO Islam mesti memainkan peranan mereka sebagai kumpulan yang sentiasa memberi pencerahan dan kesedaran bagi mengimbangkan antara parti-parti politik yang bertelingkah,” katanya selepas merasmikan Wacana dan Sambutan Hari Raya NGO-NGO Islam Kelantan di sini, hari ini.

Hadir sama anggota Parlimen Kota Baharu merangkap Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan; Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh yang juga ketua pembangkang Kelantan, Datuk Nozula Mat Diah dan Felo Utama Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof Madya Dr. Shamrahayu Ab Aziz.

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata NGO Islam harus berjuang berasaskan kebenaran selain meletakkan anjuran agama supaya sentiasa bekerjasama dalam hal melibatkan Islam.

“Inilah yang seharusnya dimainkan oleh NGO dan cendekiawan Islam dan tidak seharusnya mereka mengikat diri mereka dengan mana-mana sentimen atau idealogi.

“Saya secara peribadi melihat wujud kecenderungan pihak-pihak tertentu untuk berpolitik dan berparti serta wujud kecenderungan untuk menyokong (sesuatu parti) tanpa berteraskan satu sikap yang objektif,” katanya.

Beliau berkata ketika ini sudah jarang kedengaran NGO Islam yang mendesak parti-parti yang diwakili oleh orang Melayu supaya duduk semeja dan berjuang bersama.

Katanya perkara tersebut berpunca daripada tindakan NGO yang mengikat diri mereka dengan parti politik tertentu. – BERNAMA

Tags: Asyraf Wajdi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangan ‘Swastakan’ Tanggungjawab Didik Anak Kepada Sekolah – Asyraf Wajdi

Jangan ‘Swastakan’ Tanggungjawab Didik Anak Kepada Sekolah – Asyraf Wajdi

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Ibu bapa diingatkan supaya tidak ‘menswastakan’ sepenuhnya tanggungjawab mendidik anak-anak kepada guru dan pihak sekolah. Pengerusi Majlis...

Asyraf Wajdi Sedih, Kongsi Dakwaan Kes Buli Bukan Kali Pertama Berlaku Di Sekolah Sama

Asyraf Wajdi Sedih, Kongsi Dakwaan Kes Buli Bukan Kali Pertama Berlaku Di Sekolah Sama

26/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meluahkan rasa sedih dan terkesan susulan kematian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd