• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohd. Azrif Kini Sah Milik Kelab Johor Darul Ta’zim

oleh Ahmad Albab
15/07/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pemain pertahanan kanan Selangor, Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham kini sah milik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT).

Keputusan itu dicapai selepas Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mencapai kata sepakat dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) mengenai perpindahan bekas pemain Harimau Muda itu.

Pengurus skuad Liga Super Selangor, Amirudin Shari menjelaskan FAS mencapai persetujuan dengan PBNJ untuk melepaskan pemain berkenaan menyertai JDT setelah bersetuju dengan tawaran yang dibuat pengurusan kelab itu.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan butiran persetujuan dan jumlah perpindahan Mohd Azrif ke JDT.

“Pasukan Selangor sedang dalam perbincangan mengikat seorang pemain yang mempunyai kebolehan dan mampu menampung kekosongan yang ditinggalkan Mohd Azrif.

“Perkembangan lanjut berkaitan kemasukan pemain ini akan diumumkan sebelum jendela perpindahan pemain ditutup (esok),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Amirudin menjelaskan skuad The Red Giants akan diperkuatkan dengan lima pemain skuad Piala Presiden (bawah 21 tahun) yang sudah mula mengikuti latihan bersama skuad utama.

Mereka ialah K. Sarkunan, Mohd Faizzudin Mohd Abidin, A.Namathevan, K.Kannan dan Badrul Amin Rusalan.

“Saya yakin barisan pemain yang ada mampu menggalas cabaran The Red Giants bagi mengharungi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia yang baru bermula.

“Selangor akan terus menghasilkan pemain pelapis yang dipersiapkan untuk menggalas cabaran di peringkat yang lebih kompetitif,” kata Amirudin.

Mohd Azrif sebelum ini meminta FAS melepaskan beliau bagi membolehkannya menyertai JDT, sambil menambah bersedia menebus baki nilai kontraknya bersama FAS berjumlah RM720,000. – BERNAMA

Tags: Azrif Nasrulhaq Badrul HishamJDT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT ‘Belasah’ Chelsea Dalam Open Play, Penalti Jadi Penyelamat The Blues

JDT ‘Belasah’ Chelsea Dalam Open Play, Penalti Jadi Penyelamat The Blues

10/08/2026
0

ISKANDAR PUTERI – Johor Darul Ta’zim (JDT) mengikat kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Chelsea FC dengan keputusan 3-3 di Stadium...

JDT ‘Magnificent’, Dapat Pujian Wartawan Sukan Antarabangsa Selepas Ikat Chelsea 3-3

JDT ‘Magnificent’, Dapat Pujian Wartawan Sukan Antarabangsa Selepas Ikat Chelsea 3-3

10/08/2026
0

ISKANDAR PUTERI – Nama Johor Darul Ta’zim (JDT) terus bergema di pentas bola sepak antarabangsa apabila kejayaan mengikat kelab gergasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd