• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohd Azrif Janji Pamer Aksi Terbaik Bersama JDT

oleh Ahmad Albab
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham, yang membuat penampilan sulung bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) malam tadi, berjanji akan memberi komitmen dan menampilkan aksi terbaik dalam setiap perlawanan jika diberi kepercayaan oleh ketua jurulatih Mario Gomez.

Bekas pemain pertahanan kanan Selangor itu berkata masih banyak perlu dipelajarinya untuk menyesuaikan diri bersama pemain JDT yang kebanyakannya pemain senior dan berpengalaman.

“Saya amat bersyukur dengan peluang diberikan jurulatih untuk bermain pada perlawanan ini walaupun saya baru seminggu berlatih bersama kelab dan ia perlawanan pertama selepas saya menyertai JDT.

“Sekiranya terus diberikan kepercayaan, saya akan buat lebih baik untuk perlawanan seterusnya,” kata beliau kepada pemberita selepas perlawanan Piala Malaysia antara JDT menentang Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Stadium Hang Jebat di sini, malam tadi.

Sebelum ini, Bernama melaporkan bekas pemain Harimau Muda itu meminta Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) melepaskan beliau bagi membolehkannya menyertai JDT, sambil menambah bersedia menebus baki nilai kontraknya bersama FAS berjumlah RM720,000.

Pada perlawanan itu, JDT seri 1-1 berdepan PDRM. Gol JDT menerusi kealpaan pemain pertahanan PDRM K. Reuben pada minit ke-70 yang melakukan jaringan ke gol sendiri, sebelum PDRM menyamakan kedudukan pada masa tambahan separuh masa kedua menerusi ketua pasukan, Muhamad Safuwan Baharudin.

Mengenai perlawanan malam tadi, Mohd Azrif, 25, yang memulakan kariernya bersama PKNS sejak berusia 18 tahun, berkata walaupun keputusan berkenaan agak mengecewakan kerana sekadar seri, pemain JDT menunjukkan persembahan terbaik.

Sementara itu, Mario Gomez berkata keputusan membariskan pemain tempatan dalam kesebelasan utama pada perlawanan itu membuktikan mereka masih mampu mempamerkan aksi cemerlang dan menyifatkan pemain tempatan juga mempunyai kualiti yang baik.

“Walaupun tiada pemain import diturunkan pada perlawanan kali ini, semua pemain telah berusaha dan bermain dengan baik. Saya berpuas hati dengan permainan ditunjukkan semua pemain,” katanya.

Ketua jurulatih PDRM, Mohd Fauzi Pilus berkata banyak peluang yang gagal dimanfaatkan anak buahnya pada perlawanan berkenaan walaupun PDRM dilihat lebih banyak menguasai permainan.

“Peluang banyak…lebih-lebih lagi JDT tidak menurunkan pemain importnya seperti Lucero dan Diaz namun saya berpuas hati dengan keputusan seri ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Azrif Nasrulhaq Badrul HishamJDT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Lancar JDT+, Dokumentari ‘Untamed’ Bakal Bersiaran 22 Oktober

JDT Lancar JDT+, Dokumentari ‘Untamed’ Bakal Bersiaran 22 Oktober

22/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Kelab Bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) melancarkan JDT+, sebuah platform kandungan premium khusus untuk membawa penyokong...

JDT Terus Dominan, Kemenangan Besar Demi Kemenangan

JDT Terus Dominan, Kemenangan Besar Demi Kemenangan

21/09/2026
0

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) bukan sekadar menang sejak sepak mula Liga Malaysia musim 2026/2027, malah sebahagian besar kemenangan dicatat dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd