• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Memang Tak Reti Bersyukur Punya Maid’

oleh AK-47
21/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LARI lagi, itulah perkataan yang sering diungkapkan oleh majikan yang sudah bosan dan muak dengan sikap segelintir pembantu rumah warga Indonesia.

Lari sehelai sepinggang pun menyebabkan majikan rugi dengan wang pendahuluan dan apatah lagi ada yang turut membawa lari barangan peribadi yang bernilai ribuan ringgit.

Baru-baru ini seorang netizen, Raden Azwani memuat naik gambar seorang wanita yang merupakan pembantu rumahnya, melarikan diri dengan sejumlah wang dan beberapa barangan peribadi milik keluarganya.

Menurut Raden, segala layanan dan keperluan diberikan sebaiknya oleh pasangan suami isteri ini namun ‘pulangan’ yang diterimanya adalah sangat menyedihkan.

Apa yang membuatkan dia bertambah geram dan marah adalah wanita yang dikenali dengan nama Susi itu ketika melarikan diri, membiarkan rumahnya ‘terbuka’ sehingga menyebabkan kedua anaknya terdedah kepada bahaya lain.

Laporan polis telah dibuat dan Raden turut mengingatkan orang ramai agar berhati-hati sekiranya ingin mengambil wanita itu sebagai pembantu rumah.

'Memang Tak Reti Bersyukur Punya Maid'

Perempuan di dalam gambar ini adalah maid saya yang baru saja melarikan diri dari rumah, dua hari yang lalu, Isnin, 18 Julai 2016. Nama gelarannya, Susi.

Kami sekeluarga baru saja hire maid ini untuk dua bulan, dia masuk bekerja di rumah keluarga saya pada 12 Mei 2016 yang lalu ketika saya sedang cuti bersalin. Saya menetap bersama keluarga saya di Klang. Suami saya menetap di rumah keluarganya di Kuala Lumpur.

Apa yang amat menyakitkan hati ialah, perempuan ini melarikan diri pada waktu pagi menggunakan pintu belakang, meninggalkan dua orang anak saya di rumah. Ketika kejadian itu, saya dan ayah keluar bekerja. Manakala ibu pula menghantar adik bongsu ke sekolah dan adik beradik yang lain menjalani attachment di hospital.

'Memang Tak Reti Bersyukur Punya Maid'

'Memang Tak Reti Bersyukur Punya Maid'

Bila ibu saya pulang, anak sulung saya sedang melalak di luar rumah (pintu belakang tak ditutup). Seorang lagi anak saya pula sedang menangis di dalam buaian.

Selepas diperiksa, wang tunai ibu bapa saya telah diambil. Dompet adik saya juga menjadi mangsanya, menyebabkan adik saya kerugian RM1,000 lebih selain dari terpaksa membuat kad pengenalan dan lesen memandu yang baru. Selain wang tunai, barang-barang seperti beberapa helai pakaian dan jam tangan saya juga dilarikan.

Saya telah memaklumkan kejadian ini terhadap ejen yang bertanggungjawab membawa perempuan ini bekerja di rumah saya. Ejen berkenaan berani bersumpah bahawa pihaknya langsung tidak terlibat.

Sementara menunggu pengganti yang baru, pihak ejen juga telah bertungkus lumus mengarahkan kenalannya mencari perempuan ini yang dipercayai masih berada di sekitar Lembah Klang.

Laporan polis telah pun dibuat dan nombor telefon terakhir perempuan ini ialah 011-14357025. Saya sertakan sekali maklumat dan gambar perempuan ini agar sesiapa yang ternampak perempuan ini di mana-mana, mohon berhati-hati dan tidak mengambil dia sebagai pembantu rumah.

Sudahlah buat kerja pun malas, suka mengelat, lembab, mencuri lagi. Baru saja dapat duit raya beberapa ratus di waktu raya yang lalu, dapat gaji 12 Julai lalu. Malah telefon bimbitnya kami tak rampas, pakaian pun kami bagi juga. Tak tahulah apa lagi yang perempuan ini mahukan. Memang tak reti bersyukur. Melayang lagi few thousands duit kami suami isteri.

Kerjasama dari anda semua saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Doakan kami sekeluarga tabah menempuhi dugaan ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Indonesiapembantu rumah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd