• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ribut: Lebih 21 Rumah, Bangunan Kerajaan Rosak Di Bentong

oleh Ahmad Albab
13/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lebih 21 buah rumah dan bangunan kerajaan di Bentong, Pahang mengalami kerosakan akibat dilanda ribut serta hujan lebat petang semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bentong, Mohd Zulkhairi Adek Awang berkata kejadian bermula pukul 5.40 petang semalam itu melibatkan tujuh kawasan iaitu Kawasan Batu 1, Kampung Chamang Baru, Kampung Chamang Lama, Rumah Murah Batu 1, Jalan Tras, Kampung Perting dan Kampung Kemansul.

“Kejadian itu turut menyebabkan kerosakan rumah penduduk kampung, kuarters kerajaan, bangunan kerajaan, premis perniagaan, surau dan pokok tumbang.

“Seramai hampir 200 anggota pasukan keselamatan serta jentera daripada pelbagai agensi telah digerakkan ke lokasi bagi menyalurkan bantuan kecemasan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Zulkhairi yang juga Sekretariat Bencana Daerah Bentong berkata jumlah rumah yang rosak akibat bencana alam itu dijangka bertambah dan operasi pembersihan pokok tumbang dan rumah mangsa yang terjejas masih dijalankan.

Bagaimanapun, beliau berkata tiada pusat pemindahan dibuka setakat ini berikutan mangsa yang terlibat berpindah ke rumah saudara-mara.

Katanya penyambungan semula kabel elektrik yang terputus dan gangguan bekalan elektrik telah dilakukan oleh pihak Tenaga Nasional Berhad.

“Bantuan kecemasan akan terus diberikan kepada mangsa-mangsa yang terlibat oleh agensi bertanggungjawab dan kami sedang mengumpulkan data maklumat rumah dan kawasan terjejas pada operasi hari ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: bentongribut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anggota Tentera Didakwa Pukul Rakan Sehingga Maut, Kes Naik Ke Seksyen 302

Anggota Tentera Didakwa Pukul Rakan Sehingga Maut, Kes Naik Ke Seksyen 302

11/04/2026
0

BENTONG – Kes seorang anggota tentera yang sebelum ini didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap rakan setugas kini bertukar menjadi kes...

5 Minit Angin Ribut Berpusar Rosakkan 23 Rumah Di Pelangai

5 Minit Angin Ribut Berpusar Rosakkan 23 Rumah Di Pelangai

26/10/2024
0

BENTONG : Sekurang-kurangnya 23 rumah di tiga kampung tradisional di kawasan Pelangai, di sini rosak akibat ribut yang menerbangkan atap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd