Sunday, May 5, 2024

Creating liberating content

Pembangunan Faktor Banjir Kilat...

KUALA LUMPUR - Siasatan mendapati aktiviti pembangunan di kawasan berdekatan yang menyebabkan halangan...

Wanita Diarah Bayar RM351,000...

SEORANG wanita diarahkan oleh mahkamah untuk bayar pampasan sebanyak RM351,000 kepada seorang jurugambar...

Program Penyelenggaraan KLIA2 Siap...

KUALA LUMPUR - Program penyelenggaraan khas menggunakan kaedah suntikan penurapan bagi Lapangan Terbang...

Mutasi Baharu COVID-19 Dikesan...

KUALA LUMPUR - Agensi Kesihatan Awam England (PHE) mengesan mutasi baharu virus COVID-19...

Kurus Tak Makan Setelah Hilang 6 Hari

JELI – Selepas hilang enam hari, seorang lelaki yang menghidap masalah mental ditemui dalam keadaan tidak bermaya dalam kebun getah penduduk di Kampung Sungai Satan, Ayer Lanas, jam 2.50 petang semalam.

Mangsa, Nordin Ismail, 52, ditemui terbaring sebelum dibawa ke Hospital Jeli untuk rawatan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) serta penduduk kampung.

Ibunya, Semah Harun, 66, bersyukur dengan penemuan anak sulung daripada enam beradik itu.

“Saya sebak melihat Nordin yang sihat kini kurus kerana tidak mendapat makanan secukupnya sepanjang hilang,” katanya.

Menurut Semah, Nordin kerap ke kampung dengan menaiki bas atau teksi untuk menziarah sanak saudara.

“Ahad lalu, saya mahu menemaninya ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian untuk mengambil ubat, namun dia tidak membenarkan kerana mahu berdikari.

“Sebaik mengetahui Nordin hilang, saya terus ke sini Isnin lalu dan melakukan pelbagai usaha termasuk solat hajat. Saya bersyukur kerana doa kami dimakbul Ilahi,” katanya.


Saudara Nordin, Siti Rapiah Omar, 52, berkata, lelaki berkenaan rapat dengan keluarganya dan kerap berkunjung ke rumah mereka.

Katanya, jarak Nordin ditemui 10 kilometer dari rumahnya.

Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Che Azmi Che Mahmud berkata, mangsa ditemui dalam keadaan tidak bermaya. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori