• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Kita Lihat Sahaja Apa Yang Parti Baharu Itu Tawarkan” – Salleh

oleh Ahmad Albab
15/07/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Kita lihat sahaja apa yang parti baharu yang akan dibentuk dan pakatan baharu ini menawarkan kepada Malaysia,” kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak.

Dalam blog terbaharu beliau bertajuk ‘Mahathir’s last throw of the dice’, Salleh berkata banyak parti dan pakatan baharu telah ditubuhkan dalam tempoh 65 tahun yang lalu sejak 1951.

“Ada sesetengah dapat bertahan sehingga sekarang sementara kebanyakannya telah berkubur. Kadang-kadang pengundi lebih suka kepada parti yang telah dicuba dan diuji daripada parti yang tidak diketahui dan belum diterokai,” katanya.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan bahawa beliau akan menubuhkan parti baharu yang akan menjadi komponen pakatan pembangkang bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.

Pakatan pembangkang yang baharu itu turut disertai DAP, PKR dan Parti Amanah Negara sebagai parti komponen.

Menurut Salleh, sebuah parti atau gabungan adalah semata-mata sebagai landasan atau jalan menuju ke akhir.

“Apa yang lebih penting ialah apa yang mereka harap untuk mencapai dan bagaimana mereka berharap untuk mencapainya.

“Senarai parti dan gabungan yang dibentuk dan kemudian berkubur begitu banyak sekali. Ia bukan setakat menubuhkan parti dan gabungan untuk memenangi pilihan raya,” kata beliau. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Dakwa Kuasa Raja Terhad Kepada Perkara-Perkara Tertentu

Tony Pua Dakwa Kuasa Raja Terhad Kepada Perkara-Perkara Tertentu

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kuasa raja mungkin sedikit berbeza antara negeri, namun secara umumnya kuasa tersebut terhad kepada perkara-perkara tertentu, dakwa...

Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi Dalam Bahasa Cina Untuk Bantu Komunikasi – KKM

Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi Dalam Bahasa Cina Untuk Bantu Komunikasi – KKM

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi dalam bahasa Cina di Klinik Kesihatan Setapak merupakan inisiatif sokongan komunikasi kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd