• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kafa Tak Benar Pemain Bersara Dari Skuad Kebangsaan

oleh Ahmad Albab
17/07/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) tidak membenarkan mana-mana pemainnya untuk bersara daripada pasukan kebangsaan, kata Presidennya Tan Sri Annuar Musa.

Annuar berkata sebagai badan gabungan di bawah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kafa mempunyai tanggungjawab tersendiri dan tidak boleh lari daripada berbakti kepada tanah air.

“Kami tak boleh membuka sebarang ruang yang boleh ditafsirkan sebagai kami tidak memberi sebarang kerjasama kepada badan induk kerana badan induk itulah yang menaungi bola sepak.

“Maka dalam konteks Kelantan, kalau pemain nak bersara dari menyumbang khidmat bakti kepada negara, dia terlebih dahulu kena bersara daripada pasukan Kelantan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan kongres Kafa kali ke-62 di sini.

Pada Selasa dan Khamis lepas, Safiq Rahim yang juga kapten skuad kebangsaan dan pemain pertahanan Aidil Zafuan Abdul Radzak diikuti S. Kunanlan dan Mohd Amirulhadi Zainal masing-masing mengumumkan keputusan untuk bersara daripada mewakili skuad kebangsaan.

Mengulas lanjut, Annuar berkata Kafa sedang terlibat dengan liga yang dikendalikan FAM iaitu liga yang diadakan turut bertujuan untuk mencari pemain berbakat untuk diserapkan dalam pasukan kebangsaan.

“Jadi kalau dia (mana-mana persatuan atau kelab) bermain dalam liga yang dikendalikan oleh ‘badan kebangsaan’ tapi dia menutup penglibatan untuk tujuan negara, saya fikir tidak wajar (tindakan itu diambil) sebagai badan gabungan.

“Pemain, bukan sahaja FAM, termasuk FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa), adalah wajib untuk pergi dan bermain untuk pasukan kebangsaan apabila dipanggil terutama sekali perlawanan…dalam jadual FIFA, itu adalah wajib,” katanya. – BERNAMA

Tags: Annuar MusaKAFA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

09/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang sebab untuk...

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

10/10/2025
0

KOTA BHARU: Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd