• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, November 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jualan Dan Iklan Air Kangen Tak Ikut Peraturan

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan akan mengambil tindakan terhadap penjualan dan pengiklanan air Kangen yang didakwa mempunyai pelbagai akuan kesihatan kerana didapati tidak mematuhi peruntukan undang-undang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya memandang serius pengiklanan makanan yang mengelirukan orang ramai dengan pelbagai akuan kesihatan.

Beliau berkata Peraturan 360B, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983 menetapkan bahawa air minuman berbungkus yang dijual perlu dilesenkan terlebih dahulu oleh Kementerian Kesihatan.

“Kementerian mengambil maklum laporan mengenai penjualan air Kangen yang telah menjadi perbincangan hangat netizen dan telah viral di media sosial,” katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi.

Katanya kegagalan mematuhi peraturan tersebut adalah satu kesalahan dan jika disabit kesalahan, boleh didenda maksimum RM5,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun, serta air minuman berbungkus tidak berlesen yang dijual boleh rampas.

Di samping itu, katanya, Seksyen 17 Akta Makanan 1983 menetapkan bahawa iklan sesuatu makanan tidak boleh mempunyai sebarang akuan kesihatan.

“Kegagalan mematuhi seksyen tersebut adalah satu kesalahan dan jika disabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang aduan mengenai penjualan/pengiklanan air Kangen atau mana-mana produk makanan/minuman lain yang diragui akuannya boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan.

Selain itu, mereka juga boleh melayari laman web http://moh.spab.gov.my atau laman Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Bayar Denda RM50 Juta Hari ini?

Najib Bayar Denda RM50 Juta Hari ini?

04/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak dilaporkan akan membayar denda RM50 juta bagi membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara...

Da’i Syed Dilepas, Dibebaskan Daripada Pertuduhan Rogol, Mahkamah Rayuan Ketepikan Hukuman Penjara 10 Tahun

Da’i Syed Dilepas, Dibebaskan Daripada Pertuduhan Rogol, Mahkamah Rayuan Ketepikan Hukuman Penjara 10 Tahun

04/11/2026
0

PUTRAJAYA - Pendakwah selebriti, Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, 31, dilepas dan dibebaskan oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd