• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jawa Paling Ramai Hidup Melarat Di Indonesia

oleh Ahmad Albab
19/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Badan Pusat Statistik (BPS) Indonesia semalam mengumumkan, jumlah penduduk yang hidup di bawah paras kemiskinan di negara itu ialah sebanyak 10.86 peratus atau 28.01 juta orang setakat Mac tahun ini.

Jumlah itu berkurangan sebanyak 580,000 berbanding tahun lalu.

Ketika mengumumkan hasil penyelidikan itu, Pengarah BPS, Suryamin berkata, sebahagian besar penduduk hidup di bawah paras kemiskinan itu tinggal di kawasan bandar dan pedalaman Pulau Jawa iaitu seramai 14.97 juta orang.

“Di Jawa, 6.9 juta penduduk bandar hidup dalam kemiskinan sementara 8.07 juta lagi di kawasan kampung,” katanya.

Kawasan kedua paling ramai penduduk yang hidup di bawah garis kemiskinan ialah di Sumatera dengan jumlahnya seramai 6.28 juta.

Menurut Suryamin, Bali dan Nusa Tenggara mempunyai 2.4 juta penduduk di bawah paras kemiskinan, Kalimantan, 970,000 dan Sulawesi, 2.11 juta.

Dengan 22.09 peratus, Maluku dan Papua mencatatkan peratusan terbesar penduduk yang tinggal di bawah paras kemiskinan jika dibandingkan dengan jumlah populasinya.

Bagaimanapun, dengan 1.54 juta jumlah penduduk, angka itu dianggap rendah.

Dalam pada itu, Suryamin juga berkata, Kalimantan adalah wilayah paling kaya di Indonesia pada 2016, diikuti oleh Jawa, pulau paling padat di negara itu.

Menurut statistik terbaru, populasi Indonesia berjumlah 257 juta orang. – Agensi/myMetro Online

Tags: IndonesiaJawakemiskinan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

Nyawa Lelaki Di Indonesia Kurang Bernilai Ke?

29/04/2026
0

KEMALANGAN keretapi di Bekasi baru-baru ini menyebabkan kematian 14 orang...dan Menteri Pemberdayaan Perempuan dan Perlindungan Anak Indonesia, Arifah Fauzi, tampil...

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

Indonesia Pertimbang Kenakan Bayaran Ke Atas Kapal Lalu Selat Melaka – Laporan

23/04/2026
0

INDONESIA sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan levi ke atas kapal komersial yang melalui Selat Melaka, lapor Anadolu Ajansi, memetik media tempatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd