• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Heret Negeri Dalam Isu Peribadi – KJ

oleh Ahmad Albab
21/07/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seluruh Negeri Pulau Pinang tidak seharusnya diheret ke dalam pilihan raya tergempar kerana krisis peribadi seseorang, kata Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Khairy berkata, langkah itu tidak perlu kerana Pulau Pinang tidak berhadapan sebarang krisis politik atau perlembagaan.

“Hanya ada krisis peribadi yang melibatkan Ketua Menteri. Tetapi anda tidak perlu mengheret seluruh negeri untuk menghadapi pilihan raya tergempar hanya kerana anda mempunyai masalah peribadi,” katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Khairy berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hasrat DAP untuk mengadakan pilihan raya negeri di Pulau Pinang.

Menteri Belia dan Sukan berkata, langkah itu hanya akan menjadi satu pembaziran sumber kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Tidak ada sebab untuk memanggil bagi pembubaran Dewan Undangan Negeri. Kita secara tradisinya mengadakan pilihan raya negeri dan Parlimen bersama-sama, kecuali di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Selain itu beliau turut menyatakan bahawa Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali juga tidak yakin tentang idea panggil pilihan raya awal di negeri ini.

“Saya percaya ini adalah hanya satu langkah untuk menyelesaikan krisis peribadi Guan Eng,” katanya. – mStar Online

Tags: Kerajaan Pulau PinangKhairy Jamaluddin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pulau Pinang Pun Pernah Minta Pulangkan Hasil Cukai 20%, PH Banyak Makan Semut?

Pulau Pinang Pun Pernah Minta Pulangkan Hasil Cukai 20%, PH Banyak Makan Semut?

24/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pelakon yang juga aktivis politik Barisan Nasional (BN), Shahrol Shiro menyindir Pakatan Harapan (PH) 'banyak makan semut'...

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd