• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Jadi Duyung Untuk Atasi Trauma Lemas

oleh Ahmad Albab
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELBOURNE – Seorang lelaki berjaya mengatasi traumanya akibat hampir mati lemas ketika kecil dengan menjadi ‘ikan duyung’.

Daniel Hayward, 37, hampir mati lemas ketika berusia tiga tahun selepas jatuh ke dalam kolam renang di rumahnya, menyebabkan dia trauma dan takut pada air sehingga dewasa.

Bagaimanapun, empat tahun lalu dia ternampak video di Internet menunjukkan seorang lelaki memakai ‘sirip’ seperti ekor duyung dan memberanikan diri mencubanya untuk mengatasi rasa takut itu.

Selepas membeli ‘ekor duyung’ ungu dibuat daripada kain likra, Hayward akhirnya berjaya mengatasi traumanya, malah kini menggunakannya untuk berenang setiap minggu di kolam renang berhampiran kediamannya.

“Saya sebelum ini panik setiap kali menghampiri kolam air kerana trauma dialami. Secara tidak langsung, menggunakan ekor duyung seolah-olah mencipta watak fantasi untuk mengalihkan rasa takut.

“Kadangkala saya berangan saya separuh manusia, separuh ikan dan ini membolehkan saya mengetepikan perasaan takut. Malah saya kini dikenali sebagai Merman (duyung lelaki) Dan,” katanya.

Dia kini menjadi sukarelawan dengan Sea Shepherd yang menyebarkan kesedaran mengenai alam sekitar terutama berkaitan dengan ekosistem lautan, dan memberi ceramah serta menyertai kempen di sekolah dan universiti sambil memakai ‘ekor duyungnya’. – Agensi/myMetro Online

Tags: duyunglelaki
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Berkempen Seorang Diri Demi BN, Gambar Lelaki Ini Menyentuh Hati Ramai

Berkempen Seorang Diri Demi BN, Gambar Lelaki Ini Menyentuh Hati Ramai

15/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Sekeping gambar memaparkan seorang lelaki berdiri sendirian di tepi jalan sambil memegang plakad Barisan Nasional...

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd