• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, November 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DNA Politik DAP Sentiasa Bersifat Konfrontasi

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – DNA politik DAP sentiasa bersifat konfrontasi, dengan pemimpinnya akan ‘menembak dahulu sebelum bertanya’ dan tidak mempedulikan akibatnya, kata pengarah komunikasi strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Dalam kenyataan hari ini, Abdul Rahman berkata adalah menyedihkan apabila melihat pemimpin muda dan sedang muncul begitu mudah menerima politik cara lama parti itu yang menganjurkan hasutan, provoksi, kebencian dan memburuk-burukkan orang lain.

“Daripada video satira menjelekkan hinggalah kepada ucapan Hari Raya yang menyakitkan hati, para pemimpin baharu DAP tidak dapat melepaskan diri mereka daripada belenggu LKS-isme,” katanya merujuk kepada veteran DAP, Lim Kit Siang.

Beliau berkata demikian bagi mengulas ucapan Hari Raya yang disiarkan dalam akaun Facebook Anggota Parlimen Taiping Nga Kor Ming.

Abdul Rahman, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata “menghentam keras” dalam politik adalah perkara biasa dan memang diduga berlaku, tetapi janganlah sampai merosakkan keharmonian kaum dan agama.

Katanya, para pemimpin DAP tidak dapat membezakan antara perbuatan untuk mendapat markah tinggi dalam politik dengan menghancurkan masyarakat dan mereka dengan jelas telah melanggar batasan.

“Tidak bolehkah para pemimpin DAP menyuarakan pandangan mereka, tidak kiralah sekuat mana sekali pun, tanpa mengamalkan kekerasan? Sudah tentu, boleh.

Persoalannya, kenapa mereka tidak berbuat demikian?” kata beliau.

Abdul Rahman berkata sudah tiba masanya seluruh rakyat Malaysia menuntut DAP agar parti itu lebih bersikap bertanggungjawab dan bijaksana.

“Marilah kita beritahu DAP bahawa sekarang tahun 2016, bukan 1966! Para pemimpin muda dan sedang muncul dalam DAP perlu meletakkan perpaduan mengatasi politik partisan. Jika tidak, setiap tindakan, pasti akan ada tindak balasnya,” kata beliau. – BERNAMA

Tags: DAPRahman Dahlan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

DAP Dakwa Rakyat Tak Puas Hati, BN Bakal Tewas PRU-16 Sebab Najib

DAP Dakwa Rakyat Tak Puas Hati, BN Bakal Tewas PRU-16 Sebab Najib

12/11/2026
0

MELAKA - Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong mendakwa pembayaran denda RM50 juta oleh UMNO bagi membolehkan bekas Perdana Menteri,...

DAP Menjunjung Tinggi Pendirian Anthony Loke Meletak Jawatan Menteri

DAP Menjunjung Tinggi Pendirian Anthony Loke Meletak Jawatan Menteri

11/11/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP Menjunjung tinggi pendirian Setiausaha Agungnya, Anthony Loke Siew Fook meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan. Menerusi satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd