• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Curi Beg Tangan Di Gereja, Penjual Nasi Lemak Dipenjara

oleh Ahmad Albab
13/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Gara-gara mencuri sebuah beg tangan milik wanita warga Myanmar di sebuah gereja, seorang penjual nasi lemak dihukum penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Nur A’minahtul Mardiah Md Nor menjatuhi hukuman itu terhadap Cheong Chee Kheong, 45, selepas dia mengaku bersalah mencuri sebuah beg tangan milik Naw Aye Phaw, di Gereja Baptis (KLBC), Jalan Changkat Bukit Bintang pada 1.30 petang, 10 Julai lepas.

Mahkamah memerintahkan Cheong menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya dan bagi kesalahan kali kedua, hendaklah diseksa dengan penjara dan boleh juga dikenakan denda atau sebat.

Mengikut fakta kes, ketika mangsa yang bekerja sebagai tukang cuci di Kedutaan Myanmar berada di dalam gereja, tertuduh dengan tiba-tiba melarikan beg tangan mangsa, namun usahanya gagal apabila berjaya ditangkap orang ramai.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Fadhly Mohd Zamry memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal mengambil kira kes jenayah curi yang semakin berleluasa, namun Cheong yang diwakili peguam Cyrus Tiu merayu hukuman ringan atas alasan dia menanggung bapa yang sedang sakit. – BERNAMA

Tags: Kes CuriPenjara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Puluhan Tahun Hambun Saya, Terlempar Dalam Penjara, Sekarang Masa Allah Takdirkan” – PMX

“Puluhan Tahun Hambun Saya, Terlempar Dalam Penjara, Sekarang Masa Allah Takdirkan” – PMX

13/06/2026
0

SEREMBAN - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri hari ini adalah ketentuan Allah...

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

Jadi Ejen Sindiket Pemalsuan Dokumen, Lelaki Myanmar Dipenjara 12 Bulan

22/01/2026
0

Melaka: Ejen sindiket pemalsuan dokumen warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini, atas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd