• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cuepacs Ikrar Terus Jadi Tulang Belakang Kerajaan – Azih Muda

oleh Ahmad Albab
17/07/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berikrar untuk terus menjadi tulang belakang kepada kerajaan, kata Presidennnya Datuk Azih Muda.

Beliau berkata janji itu diikrarkan bagi memastikan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terus mendapat kepercayaan rakyat.

“Kami yakin hubungan antara pekerja dan majikan umpama ayah dengan anak dan jika ia baik maka ia akan memberi kelebihan menggembirakan rakan-rakan di pihak kerajaan,” katanya.

Beliau berucap pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri CUEPACS Perak dan Perasmian Perwakilan Tritahunan CUEPACS Negeri Perak, di sini malam tadi yang dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir.

Menurut Azih, kerajaan ketika ini sangat mengambil berat tentang penjawat awam, tidak sesekali membelakangi kumpulan itu atau meninggalkan mereka dalam keadaan serba salah.

“Kalau kita imbas kembali tahun-tahun kebelakangan ini, kerajaan amat komited untuk membantu penjawat awam seperti mana yang disuarakan oleh kesatuan pekerja bermula dari soal gaji sampailah ke soal perumahan.

“Walaupun hari ini kita berhadapan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat dan sebagainya, tetapi yakinlah apabila ada kestabilan politik, ekonomi negara akan terus berkembang yang akhirnya tuntutan-tuntutan kesatuan pekerja dapat dipenuhi oleh kerajaan,” kata Azih.

Sementara itu, Zambry melahirkan penghargaan kepada kakitangan awam di negeri Perak yang bersama-sama membantu membangunkan pembangunan negeri.

“Selama ini, anda semua bersama dengan saya, meneruskan perjuangan kita dalam usaha untuk membangunkan negeri Perak. Kita berjaya membina satu pasukan yang cukup baik.

“Perlu diingatkan, kerajaan yang ada pada hari ini sentiasa bersama-sama dan sentiasa membantu penjawat awam,” kata Zambry. – BERNAMA

Tags: CuepacsKerajaan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hutang Negara Bertambah Kerana ‘Interest’ 1MDB

Hutang Negara Bertambah Kerana ‘Interest’ 1MDB

20/07/2026
0

Hutang Negara Bertambah Kerana 'Interest' 1MDB Oleh Mynewshub KAJANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan jumlah hutang negara...

Cerita Pada Anak Cucu Zaman Anwar Rakyat Miskin Tak Terlalu Risau Beli Beras – Aktivis PH

Cerita Pada Anak Cucu Zaman Anwar Rakyat Miskin Tak Terlalu Risau Beli Beras – Aktivis PH

17/07/2026
0

KUALA LUMPUR – "Kalau satu hari nanti Anwar Ibrahim bukan lagi Perdana Menteri…Aku akan cerita kepada anak cucu aku pernah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd