• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Bunuh: Pengawal Keselamatan Ke Tali Gantung

oleh Ahmad Albab
20/07/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah membunuh tiga beranak dengan memberi mereka minuman beracun dalam satu upacara sembahyang di Kajang, empat tahun lepas.

Hakim Datuk Ghazali Cha membuat keputusan itu selepas berpuas hati pembelaan tertuduh, K.Murugan, 46, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Sebanyak 39 saksi pendakwaan dan empat saksi pembelaan memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Tertuduh didakwa membunuh M.Sakunthala, 64, serta dua anaknya, K.Rajeswary, 29, dan K.Manivannam, 33, di rumah No: 2, Jalan Melur 2, Taman Sri Ramal, antara 31 Mac 2012, kira-kira 10.30 malam dan 1 April 2012, kira-kira 2.30 pagi.

Pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Hakim Ghazali dalam pada itu turut memerintahkan Murugan dipenjara selama 30 tahun selepas mendapati tertuduh bersalah terhadap dua lagi pertuduhan memberi minuman mengandungi racun Paraquat yang boleh menyebabkan kematian suami Sakunthala, M.Karuppanan, 66, (ketika kejadian) dan anak perempuannya, K.Malati, 32, (ketika kejadian) di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Kesalahan di bawah Seksyen 307 (1) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda.

Hakim Ghazali memerintahkan hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh tertuduh ditangkap pada 18 April 2012.

Terdahulu, dalam penghakimannya, beliau berkata selepas meneliti pembelaan tertuduh jelas lelaki itu hanya menafikan setiap soalan ke atasnya tanpa memberi penjelasan.

Katanya, ketika proses kawat cam, kedua-dua mangsa (Karuppanan dan Malati) telah mengenal pasti Murugan dan bukan seorang sami bernama Ganesan (saksi ke-27 pendakwaan) (SP27) yang dijadikan kambing hitam untuk menutup kesalahan tertuduh.

“Tiada saksi yang melihat SP27 ke rumah tertuduh pada malam kejadian dan keluarga Karuppanan serta Malati juga tidak pernah lihat SP27 adakan upacara sembahyang.

“Tertuduh turut bercakap bohong bila menyatakan barang-barang kemas dan telefon bimbit milik Sakunthala serta anak-anaknya dan wang telah diberikan oleh Karuppanan kepadanya untuk disimpan. Selain itu, tertuduh dalam pembelaannya memberitahu telah melarikan diri bila dapat tahu tiga beranak itu meninggal dunia dan ini jelas menunjukkan bahawa dia bersalah,” katanya.

Hakim Ghazali juga mendapati keterangan saksi kedua pembelaan adalah keterangan yang diajar kerana sangat selari dengan keterangan tertuduh.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hafizza Sauni sementara tertuduh diwakili peguam V. Jayamurugan.

Akhbar sebelum ini melaporkan tiga beranak itu mati dipercayai terminum susu bercampur racun yang diberikan oleh seorang lelaki yang mendakwa boleh mengubati masalah mereka.

Lelaki itu didakwa telah melarikan diri setelah mencuri beberapa barangan berharga, termasuk barang kemas, selepas bertindak membakar rumah itu dengan ‘memasang silinder gas di dapur’. – BERNAMA

Tags: bunuhhukum gantung
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tikam 61 Kali: Penuntut Kolej Didakwa Bunuh Pelajar KPTM

Tikam 61 Kali: Penuntut Kolej Didakwa Bunuh Pelajar KPTM

12/05/2026
0

KOTA BHARU – Seorang penuntut kolej dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini atas pertuduhan membunuh seorang pelajar Kolej...

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

Telefon Bimbit Jadi Punca Tragedi: Lelaki 25 Tahun Maut Ditikam Rakan Sendiri Di Melaka

12/03/2026
0

MELAKA – Perselisihan kecil mengenai telefon bimbit berakhir dengan tragedi apabila seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas ditikam bertubi-tubi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd