• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beri Ciuman Perpisahan, Bibir Lelaki Digigit Penyu

oleh AK-47
17/07/2016
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Rasa cinta dan kasih sayang yang ditunjukkan oleh manusia kepada sesuatu haiwan mungkin tidak semuanya dapat difahami oleh haiwan tersebut sendiri.

Salah satu contohnya ialah insiden lucu yang dialami oleh seorang pemuda tempatan dari wilayah Fujian, China yang dilaporkan telah digigit oleh penyu peliharaannya sendiri.

Peristiwa tidak dijangka itu terjadi ketika pemuda tersebut ingin mengucapkan salam perpisahan kepada haiwan marin berkenaan yang akan dilepaskannya ke alam bebas.

Pemuda itu dikatakan melepaskannya dengan ciuman, tetapi tanpa disangka-sangka penyu tersebut malah membalasnya dengan gigitan yang cukup menyakitkan.

Beri Ciuman Perpisahan, Bibir Lelaki Digigit Penyu

Menurut pemuda itu, bibir bahagian atas pemuda yang digigit penyu tersebut juga sukar untuk dilepaskan oleh seorang lelaki yang sedang merakamkan gambar mangsa terebut.

Pemuda itu akhirnya berjaya diselamatkan oleh seorang lelaki yang kemudian segera membawanya ke sebuah hospital di Dongguan, selatan China.

Bibir lelaki yang digigit penyu ini masih boleh diselamatkan, walaupun memerlukan usaha yang keras untuk melepaskan daripada gigitan penyu itu.

Bagaimanapun akibat gigitan kuat oleh penyu tersebut, bibir pemuda itu bengkak hingga membuatkan rupa parasnya menjadi hodoh pula.

Beri Ciuman Perpisahan, Bibir Lelaki Digigit Penyu
Seorang lelaki yang menganggap kejadian tersebut sebagai kelakar kemudian memuat naik gambar wajah mangsa itu ke media sosial tempatan ‘Weibo’.

Ramai netizen di China dilaporkan tersentak dengan gambar itu, bahkan terdapat respons yang lucu daripada ramai pengguna media sosial.

“Saya hanya berfikir dia sangat beruntung bahawa penyu itu tidak memutuskan untuk menyimpan sepotong bibir sebagai hadiah perpisahan,” kata salah seorang netizen. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Digigitlelakipenyu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Indonesia Dipenjara 12 Bulan Seludup Lebih 2,000 Telur Penyu

Warga Indonesia Dipenjara 12 Bulan Seludup Lebih 2,000 Telur Penyu

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub KUCHING – Cubaan menyeludup ribuan telur penyu secara haram membawa padah apabila seorang lelaki warga Indonesia dijatuhi hukuman...

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd