• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bakal Pengantin Terguris Terima Komen Kejam

oleh Ahmad Albab
28/07/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG gadis yang baru bertunang, Jordan Constable, 22, tidak dapat menahan kesedihan ketika mencuba gaun pengantinnya disebabkan kata-kata kejam dan menghiris hati yang diperkatakan oleh ibu saudaranya.

Wanita itu, Anna Marie De-Castro tanpa belas ihsan telah memberikan komen kejam itu dalam program Say Yes To The Dress UK.

Anna yang bertunang lima kali namun tidak pernah berkahwin itu menggelar bahu anak saudaranya seumpama pemain ragbi dan menyindir Jordan kerana memiliki paha yang besar.

“Kakinya nampak besar, saya perlu beri pendapat yang jujur.

“Eww, tidak ada benda baik yang boleh saya katakan. Ibu saya ajar saya kalau tiada benda baik untuk diperkatakan, lebih baik diam,” katanya kepada Jordan, dengan nada yang menyakitkan hati, umpama seorang ahli sihir.

Dia juga menjadi semakin biadap ketika Jordan mencuba beberapa gaun yang lain.

Gaun yang dicuba oleh Jordan itu bukannya murah sebaliknya berharga kira-kira RM8,000.

Mendengarkan komen-komen pedas berkenaan, Jordan begitu sedih dan menangis di dalam bilik persalinan.

Mujurlah ibu Jordan, Juanita Collman yang berada di situ telah mententeramkan anaknya itu dan cuba memujuk Jordan.

Sementara pereka gaun berkenaan, David Emanuel terpaksa menyelamatkan Jordan dan memberitahu bahawa gadis itu mempunyai bentuk badan yang menarik.

“Sayang, jangan menangis. Kita akan carikan gaun yang sesuai,” katanya memujuk dan memberitahu adalah penting bagi bakal pengantin mencari pengiring yang sesuai, bagi mengelakkan perkara itu berulang.

Jordan pula menyatakan kekesalannya kerana mengajak ibu saudaranya turut serta dalam mencuba gaun berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menyeru masyarakat menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim...

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pensyarah dan pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad mempersoalkan kesungguhan pelbagai pihak dalam merealisasikan sistem sekolah satu aliran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd