Monday, October 2, 2023

Creating liberating content

Pesawat Tentera Indonesia Terhempas...

MEDAN — Pesawat Hercules C130 milik Angkatan Udara Tentera Negara Indonesia (TNI) dilaporkan...

Perintah Berkurung Di Esszone...

KOTA KINABALU - Fasa ke-22 perintah berkurung di kawasan perairan Zon Selamat Timur...

Memandu ‘Mabuk’, Pengantin Didenda...

KUALA LUMPUR - Gara-gara memandu di bawah pengaruh alkohol seorang pengantin baharu didenda...

500 Kenderaan Ditenggelami Banjir...

JOHOR BAHRU: Hujan lebat yang melanda Johor Bahru dalam tempoh sejam petang tadi...

Wanita Tak Kisah Anak-Anak Ikut Jejaknya

SEORANG ibu kepada empat anak, Nina Peterson, 37, mempunyai cara mudah untuk mendapatkan wang iaitu dengan mencari lelaki kaya untuk dijadikan sebagai ‘sugar daddy’.

Dia berjaya mengumpul lebih $1 juta dengan menggoda lelaki tua yang kaya-raya dan kini Nina tidak kisah jika anak-anaknya mahu mengikut jejak langkahnya itu.

Nina, berjaya memujuk lelaki kaya yang digodanya untuk membelanjakan wang lebih $100,000 untuk pembedahan kosmetik termasuk membesarkan payudaranya.

Manakala dua anak perempuannya, Juliana, sembilan tahun dan Ymahni, 12, tidak kisah dengan `pekerjaan’ Nina kerana mereka berpeluang melancong ke luar negara dan mendapat hadiah yang mahal daripada lelaki kaya terbabit.

Disebabkan mereka terlalu gembira dengan gaya hidup mewah itu, Juliana dan Ymahni merujuk sugar daddy ibunya itu dengan gelaran `Santa’.

“Saya mahu lelaki membayar segala keperluan saya apabila saya dewasa kelak dan tidak perlu risau mengenai apa-apa pun.

“Lelaki itu membantu ibu apabila dia menghadapi masalah kewangan dan ibu telah berjanji lain kali jika dia belayar di atas bot, dia akan membawa kami bersama-sama,” kata Juliana.

Sementara Nina pula pernah mendapat hadiah Maserati Quattro bernilai $200,000 dan rumah yang didudukinya ketika ini ditanggung sepenuhnya oleh lelaki kaya terbabit. – Mynewshub.cc

Kategori

Leave a Reply