• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Nyaris Maut Terperosok Bawah Lori

oleh Ahmad Albab
30/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Ipoh – Seorang penunggang basikal nyaris maut akibat dirempuh sebuah lori ketika cuba melintas jalan dalam kejadian dekat persimpangan lampu isyarat di Jalan Kuala Kangsar, semalam.

Dalam kejadian 7.40 pagi, mangsa yang berusia 36 tahun dari Taman Klebang Chemor, dekat sini, terjatuh lalu digilis kenderaan berat itu menyebabkan tangannya patah.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, siasatan awal mendapati pemandu lori berusia 48 tahun dalam perjalanan menghala ke Ipoh sedang berhenti di lampu isyarat merah dan ketika itu mangsa dikatakan mahu melintas ke tengah jalan.

“Apabila lampu bertukar hijau, pemandu lori itu kemudian meneruskan perjalanan dan ketika itu, dia terdengar bunyi di bahagian hadapan lorinya.

“Kemudian pemandu itu mendapati dia sudah terlanggar mangsa yang menaiki basikal itu dan terperosok di bawah lorinya,” katanya.

Beliau berkata, mangsa dibawa menaiki ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan dilaporkan stabil.

Katanya, setakat ini tiada tangkapan dilakukan dan siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen Kaedah 10 LN 166/59. – myMetro Online

Tags: kemalanganWanita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Beradik Terkorban Selepas MPV Dipandu Hilang Kawalan, Bertembung Kenderaan Dari Arah Bertentangan

Dua Beradik Terkorban Selepas MPV Dipandu Hilang Kawalan, Bertembung Kenderaan Dari Arah Bertentangan

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub MARAN, 20 Jun – Perjalanan dua beradik berakhir dengan tragedi apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terlibat...

Doktor, Anak Perempuan Antara Tiga Terkorban Dalam Nahas Tragis Di Pekan

Doktor, Anak Perempuan Antara Tiga Terkorban Dalam Nahas Tragis Di Pekan

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub  PEKAN – Perjalanan pulang bertukar tragedi apabila seorang doktor bersama anak perempuannya yang baru berusia dua tahun antara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd