• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRU14: Tiada Kerjasama Politik PAS-UMNO

oleh Ahmad Albab
28/06/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – PAS tiada sebarang kerjasama dengan UMNO mengenai penyerahan tiga negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu kepada PAS pada pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kata Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob.

Beliau berkata jika adapun kerjasama hanya yang membabitkan perkara kebajikan dan kebaikan kepada rakyat.

“Setakat ini tiada sebarang perjanjian, cuma kita (PAS) akan beri kerjasama kepada pekara yang membawa kebaikan dan kebajikan kepada rakyat. Itu dasar kita sejak dahulu lagi.

“Dalam perkara yang menimbulkan dosa dan perseteruan sebagainya, kita tidak ada sebarang kerjasama,” katanya selepas melawat dan menyampaikan sumbangan kepada 100 pesakit di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir yang mendakwa wujud kerjasama politik antara UMNO dan PAS.

Ahad lepas, dalam satu majlis di ibu negara, Muhkriz mendakwa beliau mengesyaki terdapat perjanjian UMNO-PAS membabitkan ‘pertukaran’ yang melibatkan Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata kemungkinan isu itu timbul disebabkan kecelaruan politik buat masa sekarang. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Persekutuan PRR Larkin, PRR Kluang Sampai Sekarang Belum Mula – Mohd Jafni

Projek Persekutuan PRR Larkin, PRR Kluang Sampai Sekarang Belum Mula – Mohd Jafni

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor menyifatkan kenyataan Perdana Menteri...

Kematian Pelajar Tahfiz Kok Lanas Diklasifikasi Tiada Tindakan Lanjut ( NFA)

Kematian Pelajar Tahfiz Kok Lanas Diklasifikasi Tiada Tindakan Lanjut ( NFA)

06/07/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC) mengesahkan kertas siasatan berhubung kematian pelajar tahfiz, Wan Ahmad Faris Wan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd