• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Serik Kontroversi, Janna Nick Kawal Tutur Kata

oleh AK-47
09/06/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON baharu Janna Nick yang sering terpalit dengan kontroversi sejak akhir-akhir ini berkata, dia sekarang lebih berwaspada dalam setiap tutur katanya.

“Sekarang saya banyak berfikir sebelum bercakap sama ada apa yang saya perkatakan itu disukai atau tidak oleh orang yang mendengar. Tidak semua orang yang sukakan kita,” katanya.

Menurut Janna, kerana kontroversi yang berlaku, dia kini lebih mengenali siapa lawan atau kawan.

“Kontroversi yang berlaku menjadikan saya insan yang lebih baik, ia banyak mengajar saya untuk berhati-hati dan menyedarkan saya siapa kawan dan siapa musuh,” ujarnya kepada sebuah portal.

Serik Dengan Kontroversi, Janna Nick Kawal Tutur Kata

Terdahulu Janna dihimpit kontroversi dituduh menghasut seorang pengarah tempatan untuk menggugurkan nama pelakon baharu Ruhainies dari sebuah filem.

Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 21, berkata, dia masih belum berkesempatan bersua muka dengan Ruhainies untuk menjernihkan keaadaan diantara mereka.

“Kalau dia beritahu kepada media bahawa dia sudah maafkan saya dan saya sudah maafkan dia maka selesailah.

“Setakat ini kami belum pernah bertemu dan tidak tahu apa rasa hati masing-masing,” jelasnya.

Serik Dengan Kontroversi, Janna Nick Kawal Tutur Kata

Perkembangan terbaharu, Janna dan Hafidz Roshdi kini menjadi duta untuk F&N bersempena kempen Hari Raya Aidilfitri dan bakal muncul dalam video khas F&N Syukur Selalu di media sosial. -MYNEWSHUB.CC

Tags: F&Nhafidz roshdiJanna NickSyukur Selalu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ada Isu Cerai Lebih Awal, Kes Hafidz Roshdi Tangguh 9 Mei

Ada Isu Cerai Lebih Awal, Kes Hafidz Roshdi Tangguh 9 Mei

21/03/2023
0

SHAH ALAM : Mahkamah Rendah Syariah di sini menetapkan 9 Mei depan bagi sebutan semula kes cerai pelakon, Hafidz Roshdi...

Masih Ada Rasa Cinta Terhadap Nurul Shuhada – Hafidz Roshdi

Masih Ada Rasa Cinta Terhadap Nurul Shuhada – Hafidz Roshdi

13/03/2023
0

HULU SELANGOR : “Saya masih ada rasa cinta terhadap Nurul Shuhada. Saya akan cuba yang terbaik.” Ikuti Mynewshub: Telegram Demikian kenyataan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd