Monday, September 25, 2023

Creating liberating content

KKM Panggil Dr Rafidah...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memanggil Pakar Buah Pinggang, Dr Rafidah...

Asimilasi Islam Di Korea...

KUALA LUMPUR - Rancangan dokumentari Syahadah 2016 yang bakal menemui penonton sepanjang bulan...

Anak, Menantu Noriah Kasnon...

KUCHING - Anak-anak Datuk Noriah Kasnon telah diterbangkan dari Pangkalan Tentera Udara Diraja...

Harta Pengedar Dadah Lebih...

KOTA KINABALU - Polis Sabah berjaya merampas harta benda termasuk wang tunai milik...

Ada Isu Cerai Lebih Awal, Kes Hafidz Roshdi Tangguh 9 Mei

SHAH ALAM : Mahkamah Rendah Syariah di sini menetapkan 9 Mei depan bagi sebutan semula kes cerai pelakon, Hafidz Roshdi dan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tarikh baharu itu ditetapkan oleh Hakim Syarie Siti Rahmah Hussin susulan Shuhada mendakwa suaminya pernah melafazkan cerai lebih awal melalui aplikasi WhatsApp, Januari lalu.

Semasa prosiding semalam, Peguam Syarie, Datuk Akberdin Abdul Kadir yang mewakili Hafidz memohon satu tarikh lain bagi pihaknya menjawab tuntutan balas berhubung isu lafaz cerai tersebut.

“Kami baru terima (kelmarin) salinan penyata pembelaan bersama tuntutan balas. Namun, pihak kami terkejut apabila melihat kandungan tuntutan balas kononnya Hafidz ada melafazkan cerai lebih awal iaitu 22 Januari lalu.

“Sedangkan dalam permohonan cerai hari ini, lafaz itu dibuat pada 22 Februari. Ini bermakna sebelum 22 Februari, ada lagi talak dilafaz terhadap Shuhada. Oleh itu, pihak kami mohon tarikh baharu untuk menjawab terhadap tuntutan balas itu,” kata Akberdin.

Selain Akberdin, Hafidz turut diwakili peguam syarie lain Ummi Kartini Abd. Latiff.

Dalam pada itu, peguam syarie, Nurfarhana Abd. Manaf yang mewakili Shuhada mengesahkan pihaknya memfailkan satu pembelaan dan tuntutan balas berhubung isu lafaz cerai itu.


“Lafaz cerai pertama pada 22 Januari secara WhatsApp. Kami tiada bantahan sekiranya mahkamah menetapkan tarikh lain bagi sebutan semula kes,” katanya.

Sepatutnya, semalam merupakan pengesahan lafaz cerai pasangan berkenaan, namun mahkamah dimaklumkan terdapat isu baharu berhubung isu cerai itu.

Kes penceraian itu dibuat mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Shuhada dilaporkan memfailkan perceraian di mahkamah itu pada 27 Februari lalu, susulan keputusan dan persetujuan kedua-dua keluarga.

Sebelum itu, adik Shuhada yang hanya mahu dikenali sebagai Sofia, memaklumkan Hafidz sah bercerai talak satu dengan kakaknya menerusi panggilan telefon, 2 Februari lalu.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2 tahun.

-Utusan Online

Kategori

Leave a Reply