Thursday, September 28, 2023

Creating liberating content

Piala Liga: Liverpool Layak,...

LONDON - Liverpool bergelut sebelum mengesahkan tiket ke pusingan keempat kejohanan Piala liga...

PU Mizi Juara Pencetus...

KAJANG - Pegawai dakwah iaitu Nor Hamizi Jamaluddin diumumkan sebagai juara rancangan realiti...

Kerajaan Berjaya Kurangkan Hutang...

KUALA LUMPUR - Kejayaan pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengukuhkan ekonomi...

Saintis Dakwa AirPods Meningkatkan...

MENURUT satu petisyen terbaharu, fon telinga tanpa wayar keluaran Apple iaitu AirPods berupaya...

Masih Ada Rasa Cinta Terhadap Nurul Shuhada – Hafidz Roshdi

HULU SELANGOR : “Saya masih ada rasa cinta terhadap Nurul Shuhada. Saya akan cuba yang terbaik.”

Ikuti Mynewshub: Telegram

Demikian kenyataan pelakon, Hafidz Roshdi tatkala ditanya adakah dia masih menyimpan perasaan terhadap isterinya, Nurul Shuhada selepas dia didakwa mencederakan wanita tersebut.

Hafidz berkata, dia juga mengharapkan ruang berdamai dengan isterinya itu masih terbuka malah dalam pada masa yang sama meluahkan rasa rindu terhadap kedua anaknya, Humairah dan Umar.

“Ruang untuk berdamai dengan Shuhada sentiasa terbuka, insyaaAllah. Tidak pernah terlintas di lubuk fikiran saya bahawa pada hari ini saya berada di mahkamah kerana dituduh mencederakan orang yang saya sayangi.

“Kepada kedua-dua anak saya, Humairah dan Umar. Abah rindu dan sayang kalian berdua, dan tidak pernah sesaat pun abah lupakan kalian,” katanya.

Hafidz ditemui selepas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu atas tuduhan mencederakan isterinya pada pukul 3.30 pagi, 2 Mac lalu berhampiran susur keluar Tol Sungai Buaya dekat sini.


Dia didakwa telah menumbuk pipi kiri Nurul Shuhada sebanyak tiga kali sehingga luka, lebam dan bengkak di wajah isterinya.

Dalam pada itu, Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu memerintahkan pelakon, Hafidz Roshdi menjalani pemeriksaan di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Perak bagi penilaian psikiatri.

Mahkamah mengarahkan agar Hafidz mula menjalani rawatan dan pemeriksaan bermula 28 Mac ini.

Mahkamah kemudian menetapkan 9 Jun hadapan sebagai sebutan semula kes.

-Utusan Online

Kategori

Leave a Reply