• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Dapat Kebenaran Tangguh Perbicaraan Kes Fitnah Harakah Daily

oleh Ahmad Albab
15/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari mendapat kebenaran Mahkamah Rayuan di sini untuk penangguhan sementara perbicaraan kes saman fitnah terhadap Harakah Daily mengenai 1Malaysia Development Berhad.

Berikutan kebenaran penangguhan itu, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur tidak dapat meneruskan dengan perbicaraan saman berkenaan yang dijadual bermula pada 23 Jun.

Kebenaran itu diberikan oleh tiga anggota panel hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat sementara menunggu selesainya dua rayuan berkaitan yang dikemukakan Najib.

Satu daripada rayuan itu ialah terhadap penolakan permohonan Najib oleh Mahkamah Tinggi pada 7 April untuk meminda pernyataan tuntutan beliau bagi memasukkan kenyataan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan satu lagi penolakan oleh Mahkamah Tinggi pada 23 Mei terhadap permohonan Najib untuk kes saman itu diputuskan atas perkara undang-undang tanpa perlu melalui perbicaraan penuh.

Kedua-dua rayuan ini telah ditetapkan untuk pengurusan kes di Mahkamah Rayuan masing-masing pada 23 Jun dan 14 Julai.

Kenyataan Apandi mengesahkan bahawa sejumlah RM2.6 billion yang didakwa diterima Najib, merupakan derma dan Najib tidak terlibat dalam kes SRC International sementara kenyataan SPRM mengesahkan bahawa RM2.6 billion itu bukan daripada 1MDB.

Dua lagi anggota panel hakim Mahkamah Rayuan itu ialah Datuk Dr Hamid Sultan Abu Backer dan Datuk Ahmadi Asnawi.

Peguam Harakah Daily Mohd Faizi Che Abu tidak membantah terhadap permohonan Najib untuk penangguhan itu.

Peguam Najib Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata penangguhan perbicaraan itu dipohon kerana Mahkamah Rayuan belum lagi mendengar dua rayuan yang berkaitan.

Perdana menteri menyaman Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakob dan Ketua Pengarah Harakahdaily Taufek Yahya terhadap artikel yang didakwa berunsur fitnah yang ditulis Rosli dan disiarkan pada 19 Feb 2015.

Dalam pernyataan tuntutannya, Najib berkata artikel itu menunjukkan beliau kononnya telah menyalahgunakan dana 1MDB dan penerbitan artikel itu bertujuan untuk mencemar reputasi beliau.

Beliau mendakwa bahawa Taufek gagal mengamalkan etika kewartawanan bertanggungjawab dan tidak mengesahkan terlebih dahulu sama ada kandungan artikel itu tepat, sebelum menyiarkannya.

Hadir bagi pihak Najib ialah peguam Nor Emelia Mohd Iszeham. – BERNAMA

Tags: fitnahHarakah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Akmal Minta PH Jangan Fitnah Orang Melaka,  ‘Kami Juga Selalu Ke Johor, Bekerja Di Muar’

Akmal Minta PH Jangan Fitnah Orang Melaka, ‘Kami Juga Selalu Ke Johor, Bekerja Di Muar’

21/06/2026
0

MELAKA - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh membidas pemimpin Pakatan Harapan (PH), Adly Zahari yang mendakwa rakyat...

Zahari Dedah Surat FELDA Batal Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor 2026

Zahari Dedah Surat FELDA Batal Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor 2026

19/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor, Datuk Zahari Sarip menafikan dakwaan konon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd