• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala AFC: JDT Berdepan South China Di Suku Akhir

oleh Ahmad Albab
09/06/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Juara bertahan Piala AFC, Johor Darul Ta’zim (JDT) dijangka tidak berdepan masalah besar menempah tempat ke separuh akhir apabila diundi menentang South China dari Hong Kong di suku akhir, hari ini.

Skuad Harimau Selatan itu dijadual berdepan juara Liga Hong Kong sebanyak 41 kali itu pada 13 Sept, manakala aksi timbal balik di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 20 Sept.

Pertemuan itu bakal menyaksikan jurulatih JDT, Mario Gomez sekali lagi berdepan bekas kelabnya itu untuk dua musim berturut-turut, selepas pasukan berkenaan menewaskan South China di peringkat yang sama, tahun lepas.

Walaupun terikat 1-1 pada suku akhir pertama di Larkin, JDT mencipta kejutan besar apabila menumpaskan kelab Hong Kong itu 3-1 di tempat lawan tahun lepas, sebelum merangkul kejuaraan dengan menewaskan FC Istikol dari Tajikistan 1-0 pada aksi final.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Mohd Fahmy Yahya berharap pemain JDT akan dapat menampilkan prestasi terbaik untuk mempertahankan kejuaraan tersebut.

“Undian ini seimbang dan kita tidak boleh memandang rendah mana-mana pasukan. Kita harapkan persembahan yang terbaik dan dapat melakukan keputusan lebih baik tahun ini.

“Berdepan bekas pasukan Mario, ada sesuatu yang beliau boleh bawa pembaharuan kepada kelab,” katanya kepada pemberita selepas majlis undian itu hari ini.

Sementara itu, ketua jurulatih South China Jose Ricardo Rambo yakin pasukannya mampu mengatasi JDT, sekali gus mara ke kelompok empat pasukan terbaik pada kejohanan berkenaan.

“JDT sebuah pasukan yang kuat, menghasilkan keputusan yang terbaik musim ini. Kita tidak menjangka berdepan mereka, namun undian menyaksikan kita terpaksa berdepan JDT.

“Apa yang paling penting menyiapkan pasukan untuk suku akhir pertama di tempat sendiri. Saya rasa kita berpeluang mara ke peringkat seterusnya,” kata jurulatih dari Brazil itu.

Berdasarkan format baharu diperkenalkan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim ini, pemenang perlawanan itu akan menentang pemenang suku akhir 4, antara JSW Bengaluru dari India menentang Tampines Rovers dari Singapura.

Bagi suku akhir Zon Barat, Kelab Air Force (Iraq) yang pertama kali beraksi pada kejohanan itu, akan berdepan juara 2004, Al Jaish (Syria) dalam suku akhir 1, manakala juara Liga Lebanon, Al Ahed akan menentang juara 2008, Al Muharraq (Bahrain).

Pemenang suku akhir bagi Zon Barat akan berentap sesama sendiri di separuh akhir pada 27 Sept dan 18 Okt, manakala aksi separuh akhir Zon Timur pada 28 Sept dan 19 Okt.

Pemenang separuh akhir untuk setiap zon itu akan berentap bagi merebut kejuaraan tersebut pada 5 Nov ini, di gelanggang pasukan dari Zon Barat berkenaan.

JDT mara ke suku akhir selepas menjuarai Kumpulan F, memenangi kesemua enam perlawanan peringkat kumpulan, sebelum membelasah Kaya FC dari Filipina 7-2 di pusingan kedua.

Undian suku akhir Piala AFC 2016
——————————–

SUKU AKHIR 1: Kelab Air Force (IRQ) mln Al Jaish (SYR)
SUKU AKHIR 2: Al Ahed (LIB) mln AL Muharraq (BHR)
SUKU AKHIR 3: South China (HKG) mln Johor Darul Ta’zim (MAS)
SUKU AKHIR 4: JSW Bengaluru (IND) mln Tampines Rovers (SIN)

– BERNAMA

Tags: JDTPiala AFC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Panglima Johor Bakal Cipta Sejarah, JMR Buat Penampilan Sulung 24 Jam Le Mans

Tunku Panglima Johor Bakal Cipta Sejarah, JMR Buat Penampilan Sulung 24 Jam Le Mans

13/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Johor Motorsports Racing (JMR) bakal mencipta detik bersejarah apabila membuat penampilan sulung dalam perlumbaan ketahanan...

Perlawanan Chelsea Vs JDT Ditunda Ke 9 Ogos

Perlawanan Chelsea Vs JDT Ditunda Ke 9 Ogos

10/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Perlawanan persahabatan antarabangsa antara Chelsea FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT) yang dijadual berlangsung sebelum ini telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd