Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

PPDNKK Temerloh Rampas 988...

TEMERLOH - Bahagian Pengkuatkuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan (PPDNKK) Cawangan...

Pemandu Lori Rentung Dalam...

KEMAMAN - Seorang pemandu lori tangki rentung setelah lorinya merempuh pembahagi jalan lalu...

DBKL Cadang Letak Syarat...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menjadikan pemasangan kamera litar...

Pekerja Hotel Palsukan Dokumen...

TAPAH - Seorang pekerja hotel didenda RM15,000 atas pertuduhan memalsukan dokumen bomba pada...

Pemimpin Turun Padang Semasa PRK Amalan Biasa

SUNGAI BESAR – Menjadi amalan yang biasa bagi pemimpin dari kedua-dua parti Barisan Nasional (BN) dan pembangkang untuk turun padang sepanjang masa, ketika pilihan raya kecil (PRK).

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata, dalam sejarah pilihan raya, ia merupakan amalan biasa.

“Dalam pilihan raya kecil sebelum ini, pemimpin negeri Pakatan Rakyat dan juga Menteri Besar, mereka akan berada di sana (untuk berkempen) hampir setiap hari.

“Jadi ini adalah satu perkembangan baru dari Azmin,” katanya kepada pemberita sebelum berbuka puasa di Kampung Sungai Leman, Sekinchan di sini..

Khairy merujuk kepada Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang berkata beliau tidak semestinya perlu berada di Sungai Besar sepanjang masa semasa kempen PRK.

Khairy berkata, Timbalan Presiden PKR itu mungkin berkata ia sebagai alasan untuk program bersendirian beliau di Sungai Besar hari ini.


“Saya percaya ia adalah yang pertama (program di Sungai Besar) sejak hari penamaan calon,” kata Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO.

Ketiadaan Mohamed Azmin di Sungai Besar yang menjadi buah mulut banyak pihak berakhir hari ini apabila beliau menghadiri program Parti Amanah Negara (Amanah) di Sungai Panjang, di sini.

Sebelum ini, Khairy berkata, ketiadaan Azmin untuk membantu calon Amanah di Sungai Besar seolah-olah mengesahkan khabar angin bahawa beliau tidak bersetuju Azhar Abdul Shukur sebagai calon untuk mewakili Pakatan Harapan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori