Monday, September 25, 2023

Creating liberating content

Pemuda Kongsi Tips Kurus,...

GEMUK sikit orang kutuk, kalau kurus pun orang caci, makan banyak orang persoal,...

“Himpunan Rakyat Bersatu” Tarik...

KUALA LUMPUR - Dianggarkan lebih daripada 200,000 rakyat Malaysia berkumpul di Padang Merbok...

Mohammad Mantek Anak Sabah...

PUTRAJAYA - Bekas Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk...

6 Maut, 9 Cedera...

ANKARA - Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh manakala sembilan lagi cedera akibat serangan udara...

PAS Sentiasa Bersedia Hadapi PRU Ke-14- Ahmad Yakob

KOTA BAHARU – PAS sentiasa bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 walaupun jika ia diadakan pada tahun depan, kata Timbalan Mursyidul Am partin itu Datuk Ahmad Yakob.

Beliau berkata PAS membuat persediaan itu sejak PRU Ke-13 pada 2013.

“Sebelum ini, kita buat persediaan tetapi tidaklah sepenuhnya,” katanya di sini, hari ini.

Ahmad berkata demikian semasa ditanya mengenai persiapan PAS sekiranya PRU Ke-14 diadakan lebih awal iaitu pada tahun depan berikutan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil kawasan Parlimen Kuala Kangsar dan Parlimen Sungai Besar baru-baru ini.

Mengenai dakwaan Penasihat DAP Lim Kit Siang bahawa PAS semakin lemah di Kelantan, Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata Lim berkata sedemikian kerana beliau sendiri merasakan dirinya juga sudah lemah.

Terdahulu, beliau menyampaikan bungkusan Kuih Raya kepada 13 pasukan keselamatan di Kompleks Kota Darul Naim di sini.

Antara yang menerima sumbangan itu ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Agensi Kawalan Sempadan Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia.

Ahmad berkata penyerahan kuih raya itu adalah sebagai tanda terima kasih kerajaan Kelantan di atas pengorbanan anggota-anggota semua agensi keselamatan itu. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PRU14

Kategori

Leave a Reply