• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Diminta Tubuh Pasukan Tugas Untuk RUU Persendirian

oleh Ahmad Albab
02/06/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR PUTEH – Jawatankuasa Kerja PAS Pusat diminta mewujudkan pasukan petugas untuk menerangkan kepada semua wakil rakyat dan anggota Parlimen mengenai hasrat di sebalik pembentangan usul Rang Undang-Undang Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016.

Naib Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Senator Datuk Dr Johari Mat turut mencadangkan usul agar jawatankuasa itu mengadakan siri dialog dengan parti politik bukan Islam dan organisasi masyarakat lain.

Beliau berkata proses memberi penerangan itu perlu agar masyarakat dan ahli politik memahami bahawa usul pindaan Akta 355 adalah menyentuh hak orang Islam sahaja.

Pihak berkuasa agama seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Mufti, dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) melaksanakan tanggungjawab untuk menerangkan kepada masyarakat terhadap kewajipan pelaksanaan syariah dan kebaikannya di Malaysia, katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan usul berkenaan pada Muktamar Dewan Ulama PAS Pusat ke-55 di sini hari ini.

Usul berkenaan kemudiannya diluluskan sebulat suara oleh para perwakilan dan ia akan dibawa ke Muktamar Tahunan PAS Pusat Ke-62 yang akan diadakan selama dua hari bermula esok di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan, Pengkalan Chepa, Kota Baharu.

Usul RUU Persendirian itu dibentangkan oleh Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat, Khamis lepas.

Di KOTA BAHARU, Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz berkata usul berkaitan dengan hal ehwal umat Islam itu sepatutnya dihormati oleh semua pihak.

“Usul pindaan berkaitan jenayah itu bukan hanya demi melindungi umat Islam tetapi ia juga akan melindungi orang bukan Islam,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia ke-57 di sini hari ini.

Sementara itu, seorang perwakilan Pemuda PAS, Mohd Ariff Abdullah berkata undang-undang syariah bukan perkara baharu di negara ini di mana ia sebenarnya telah diamalkan sejak zaman kesultanan Melayu Melaka.

Beliau, yang juga Ketua Pemuda PAS kawasan Pengkalan Chepa, berkata demikian ketika berucap membahaskan ucaptama Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, pada muktamar itu.

Mengulas isu yang sama, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad mengingatkan semua pihak agar memahami dengan jelas RUU tersebut sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

Katanya perkara berkenaan tidak sepatutnya dipolitikkan, malah perlu disokong oleh semua orang Islam kerana ia akan memperkasakan Mahkamah Syariah di negara ini.

“Yang duduk jalan sekarang ini adalah (hukuman) takzir di mahkamah-mahkamah syariah. Jadi (pindaan) yang dibentangkan adalah untuk memperkasakan takzir, bukan melibatkan soal hudud,” katanya.

Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Mohammad pula berkata pindaan terhadap rang undang-undang berkenaan adalah selaras dengan Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan yang memberi kebebasan kepada orang Islam untuk mengamalkan ajaran agamanya. – BERNAMA

Tags: PASRUU
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah...

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

Konvensyen Melayu: ‘Balik-Balik Yang Untung Parti Dan Orang Politik’

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - “Adakah kali ini pimpinan parti Melayu benar-benar serius atau disebabkan Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) sudah semakin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd