• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC

oleh Mynewshub
16/05/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Timbalan Menteri Dakwa Kerajaan Madani, Penjawat Awam Jadi Mangsa Fitnah Isu UEC
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu kesal kerana Kerajaan Madani didakwa telah difitnah dalam isu membabitkan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)

Beliau yang juga Ketua Wanita Parti Amanah Negara (Amanah) mendakwa kakitangan awam di Kewenterian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut menjadi mangsa fitnah.

Aiman Athirah merujuk kepada satu hantaran di media sosial Dewan Pemuda Pas Melaka mengenai hari dukacita buat negara kerana UEC diiktiraf oleh KPT untuk memasuki institusi pendidikan tinggi awam (IPTA)

“Jika sahabat Nabi S.A.W yang dari kalangan Al-‘Asharah al-Mubashsharūn bil-Jannah pun boleh difitnah oleh pimpinan ulama mereka, apalah peliknya bila ahli dan sayap pemuda mereka fitnah pula Kerajaan Perpaduan Malaysia Madani dan kakitangan awam di KPT dan KPM,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

KPT baru-baru ini mengumunman calon lepasan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) UEC kini diberi laluan untuk memasuki IPTA.

Bagi calon-calon daripada aliran tersebut yang turut memiliki SPM penuh boleh memohon mana-mana program pengajian yang ditawarkan melalui sistem UPUOnline.

Bagaimanapun, bagi calon-calon aliran tersebut yang mengambil mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah yang dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan diperakui oleh KPM boleh dipertimbangkan untuk mengikuti program-program tertentu di IPTA. – MYNEWSHUB

Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Aiman Athirah Sabu

Tags: Datuk Aiman Athirah SabudifitnahIPTAKakitangan AwamKerajaan MadaniKetua Wanita Parti Amanah NegaraPASTimbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan TempatanUEC
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Kelantan Nafi Kolej KIAS Terima Pelajar Lulusan UEC

Kerajaan Kelantan Nafi Kolej KIAS Terima Pelajar Lulusan UEC

16/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan Kelantan menafikan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) menafikan institusi pendidikan tersebut menerima pelajar...

NGO Desak KP Pendidikan Tinggi Mohon Maaf Kepada Institusi Tahfiz

NGO Desak KP Pendidikan Tinggi Mohon Maaf Kepada Institusi Tahfiz

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) mendesak Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi menarik balik kenyataan yang didakwa mengelirukan berhubung kedudukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd