• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nancy: PM Belum Tetap Tarikh Laksana Akta MKN

oleh Ahmad Albab
14/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak belum menetapkan tarikh bagi penguatkuasaan Akta Majlis Keselamatan Negara 2016, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri.

Nancy berkata, Akta MKN itu telah diwartakan pada 7 Jun lepas.

Beliau berkata, Rang Undang-undang (RUU) berkenaan menjadi undang-undang setelah ia melepasi tempoh tiga puluh hari yang perlu untuk diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong selepas diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

“Ini selaras dengan Fasal (4A) Artikel 66 Perlembagaan Persekutuan,” kata beliau dalam satu kenyataan pada Isnin malam.

Pada 17 Februari tahun ini, Mesyuarat Majlis Raja-raja ke-240, selepas dipersembahkan taklimat oleh Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali di Istana Negara, berpendapat beberapa peruntukan dalam RUU MKN perlu diperhalusi.

RUU MKN, yang memperuntukkan penubuhan MKN, perisytiharan kawasan keselamatan, kuasa-kuasa khas Pasukan Keselamatan di kawasan keselamatan dan perkara-perkara lain berkaitan, diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 3 Disember 2015, dan Dewan Negara, pada 22 Disember 2015.

Nancy berkata, menurut subseksyen 1(2) Akta MKN 2016, akta itu akan berkuatkuasa pada tarikh yang akan ditetapkan oleh Perdana Menteri dan tarikh itu akan diterbitkan dalam Warta berkenaan. – BERNAMA

Tags: MKNNancy Shukri
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PETRONAS, MKN Masih Belum Perincikan Bentuk Ancaman Loji LNG Bintulu

PETRONAS, MKN Masih Belum Perincikan Bentuk Ancaman Loji LNG Bintulu

09/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berhubung arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya semua fasiliti...

Nancy Lancar Jabatan Khusus Isu Kanak-Kanak

Nancy Lancar Jabatan Khusus Isu Kanak-Kanak

06/08/2024
0

Kerajaan telah mengambil langkah penting ke arah meningkatkan perlindungan dan kebajikan kanak-kanak dengan pelancaran rasmi Jabatan Pembangunan Kanak-Kanak (JPKK) di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd