• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mandat Baharu Biodiesel Akan Rancakkan Semula Industri

oleh Ahmad Albab
06/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan memperkenalkan penggunaan biodiesel B7 untuk sektor industri serta meningkatkannya untuk sektor pengangkutan kepada B10, dilihat mampu merancakkan semula industri biodiesel negara, kata Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Zakaria Arshad berkata inudstri biodiesel kini kurang berdaya saing disebabkan harga minyak mentah dunia yang rendah dan sangat bergantung kepada mandat kerajaan untuk meningkatkan permintaannya.

“Berdasrkan pelaksanaan kedua-dua mandat baharu itu, FGV menjangkakan peningkatan minimum 40 peratus dalam permintaan biodiesel tempatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Zakaria berkata penggunaan bidodiesel yang lebih tinggi akan mengurangkan stok minyak sawit mentah dan keadaan ini akan membantu menstabilkan harga komoditi berkenaan untuk jangka masa panjang.

“Sejak 2015, FGV melaksanakan penggunaan B30 untuk kegunaan dalaman secara berperingkat dalam usaha meningkatkan kemampanan operasi serta bagi membuktikan keberkesanan biodiesel sebagai bahan bakar alternatif terbaik,” kata Zakaria. – BERNAMA

Tags: biodieselFGV
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Biodiesel Dipertingkat Kurangkan Kebergantungan Diesel Import – Noraini

Biodiesel Dipertingkat Kurangkan Kebergantungan Diesel Import – Noraini

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju meningkatkan kadar adunan biodiesel bagi sektor pengangkutan daripada B10 kepada B15 secara beransur-ansur sebagai langkah...

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

02/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa kerjasama Felda Global Ventures (FGV) bersama Majlis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd