• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Biodiesel Dipertingkat Kurangkan Kebergantungan Diesel Import – Noraini

oleh Mynewshub
17/04/2026
dalam Utama & Sensasi
0
Biodiesel Dipertingkat Kurangkan Kebergantungan Diesel Import – Noraini
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan bersetuju meningkatkan kadar adunan biodiesel bagi sektor pengangkutan daripada B10 kepada B15 secara beransur-ansur sebagai langkah strategik memperkukuh sekuriti tenaga negara.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, pelaksanaan itu akan dimulakan dengan adunan B12 tanpa melibatkan kos tambahan serta hanya menggunakan infrastruktur sedia ada.

Menurut beliau, keputusan tersebut dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada 14 April lalu sebagai sebahagian usaha mitigasi menghadapi krisis tenaga global.

“Langkah ini bertujuan mengoptimumkan penggunaan sumber tenaga alternatif tempatan, di samping memastikan bekalan bahan api negara kekal stabil dalam tempoh mencabar,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, Malaysia mempunyai kelebihan sebagai pengeluar minyak sawit kedua terbesar dunia, sekali gus membolehkan negara mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api fosil import melalui pemerkasaan Program Biodiesel Negara.

Kata beliau, sejak diperkenalkan pada 2011 dengan adunan B5, program itu telah berkembang kepada B7 pada 2014 dan B10 pada 2019, sebelum diperluaskan kepada pelaksanaan B20 secara berfasa bermula 2020.

Dalam masa sama, katanya, peningkatan kepada B15 juga dijangka merangsang produktiviti industri biodiesel tempatan yang sebelum ini beroperasi di bawah kapasiti sebenar.

“Penggunaan minyak sawit mentah bagi adunan B15 dianggarkan sekitar 0.80 juta tan setahun, iaitu peningkatan kira-kira 0.267 juta tan berbanding B10. Ini tidak menjejaskan bekalan domestik,” jelasnya.

Beliau turut menegaskan bahawa biodiesel Malaysia memenuhi piawaian antarabangsa, sekali gus menjamin prestasi enjin yang cekap dan selamat kepada pengguna.

Mengulas lanjut, kementerian kekal komited meneroka peningkatan kadar adunan biodiesel sebagai langkah mengurangkan beban subsidi serta memperkukuh daya tahan ekonomi negara dalam menghadapi ketidaktentuan global.

“Inisiatif ini bukan sahaja menyokong kestabilan industri sawit, malah menjadi pemangkin kepada ketahanan ekonomi negara,” katanya. – MYNEWSHUB

 

Tags: biodieselDatuk Seri Dr Noraini AhmadMenteri Perladangan dan Komoditi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insentif RM3.5 Juta Sokong Pensijilan MSPO Peniaga Sawit – Noraini

Insentif RM3.5 Juta Sokong Pensijilan MSPO Peniaga Sawit – Noraini

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad memaklumkan kerajaan memperkenalkan insentif berjumlah RM3.5 juta bagi...

Syor Gantung 6 Bulan, Denda Kepada Ahli Dewan Rakyat Keluar Kenyataan Jelik

Syor Gantung 6 Bulan, Denda Kepada Ahli Dewan Rakyat Keluar Kenyataan Jelik

05/02/2023
0

KUALA LUMPUR: Hukuman lebih berat kepada Ahli Dewan Rakyat yang mengeluarkan perkataan atau kenyataan perkauman, menghina dan diskriminasi jantina di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd