• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Tak Bawa Polis Iringi Kontinjen Ke Rio

oleh Ahmad Albab
28/06/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Malaysia tidak akan membawa pegawai polis untuk mengiringi kontinjen negara ke temasya Sukan Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil pada Ogos ini.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata pihak kementerian akan mendapatkan laporan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung keadaan keselamatan di Rio de Janeiro sebelum kontinjen negara berlepas ke sana.

“Saya akan minta nasihat daripada kedutaan kita di Brazilia berkenaan keselamatan di sana,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama media sukan di sini.

Dalam pada itu, Khairy berkata setakat ini tidak ada apa-apa perkembangan untuk Malaysia tidak menghantar kontinjen negara ke Brazil bagi menyertai temasya Sukan Olimpik itu nanti.

“Apa-apa perkembangan terbaru, saya akan maklumkan kepada pihak media,” katanya.

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) baru-baru ini bercadang menghantar pegawai PDRM ke Rio bagi meningkatkan kawalan keselamatan terhadap kontinjen negara.

Ia susulan peningkatan kes jenayah membabitkan atlet dan pegawai negara lain ketika berlatih di Rio.

Setakat ini, atlet Australia dan Sepanyol menjadi mangsa samun ketika berlatih di Rio. – BERNAMA

Tags: Khairy Jamaluddin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

“Sungai Buloh Wilayah Keadilan, Reformasi!” – Ramanan

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Buloh yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menegaskan...

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

KJ Ucap Terima Kasih kepada Zahid, Telah Lalui Fasa Muhasabah dan Perbaiki Diri

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd