• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Cuai, Keluarga Ahmad Sarbaini Terima RM213K

oleh Ahmad Albab
21/06/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan kecuaian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membawa kepada kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbaini Mohamed lima tahun lalu dan memberi ‘award’ RM213,000 sebagai ganti rugi kepada keluarganya.

Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh, yang mempengerusikan panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Vernon Ong Lam Kiat dan Datuk Abdul Rahman Sebli, memberikan award ganti rugi itu kepada balu Ahmad Sarbaini, Masiah alias Maziah Manap, 55, dan anaknya Shahril, 32, apabila membenarkan saman sivil mereka terhadap responden.

Keluarga Ahmad Sarbaini
Keluarga Ahmad Sarbaini

Ganti rugi itu adalah RM3,000 bagi kos pengebumian, RM10,000 untuk perkabungan dan RM200,000 sebagai ganti rugi teruk. Mahkamah juga memberikan RM20,000 kos guaman kepada keluarga Ahmad Sarbaini bagi prosiding mahkamah di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Mereka yang menjadi responden adalah SPRM, Kerajaan, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Pengarah Mohamed Yussuf Akope dan lima pegawai – Mohamad Fauzi Hussin, Sheikh Niza Khairy Sheikh Mohamed, L. Baskar, Mohd Rosly Mohd Saupi dan Kamal Awang Besar.

Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di Kastam Pelabuhan Klang, ditemui mati di tingkat pertama bangunan SPRM di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur pada 6 April 2011.

Hakim Mohd Zawawi berkata terdapat satu arahan dalaman bahawa mana-mana siasatan ke atas suspek mesti dijalankan di tingkat pertama premis SPRM.

“Dalam kes Ahmad Sarbaini siasatan telah dijalankan di dalam sebuah bilik di tingkat tiga bangunan itu,” katanya.

Hakim juga berkata terdapat arahan bahawa Ahmad Sarbaini, yang telah pergi ke pejabat SPRM berhubung dengan kes rasuah, perlu dikawal pada setiap masa bagi mengelakkan kemungkinan berlakunya sesuatu yang buruk bkepada suspek.

Hakim Mohd Zawawi memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur adalah silap apabila ia menolak tuntutan sivil yang dibawa oleh keluarga Ahmad Sarbaini.

Mahkamah kemudiannya membenarkan rayuan yang dikemukakan oleh keluarganya untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 17 Ogos tahun lepas yang menolak saman sivil mereka.

Dalam pernyataan tuntutannya, Masiah berkata kematian suaminya adalah disebabkan kecederaan serius yang dialami disebabkan oleh responden.

Pada 26 Sept 2011, Mahkamah Koroner memutuskan kematian Ahmad Sarbaini tiada unsur-unsur bunuh diri, homisid ataupun penglibatan pihak ketiga.

Di luar mahkamah, Masiah yang kelihatan menangis berkata, “Alhamdulillah, syukur dan biar arwah tenang di sana.”

Peguamnya, Razlan Hadri Zulkefli, berkata saman itu diusahakan bukan untuk wang tetapi demi keadilan.

Peguam Kanan Persekutuan Kamal Azira Hassan yang mewakili responden berkata beliau akan mendapatkan arahan sama ada akan membawa perkara itu ke Mahkamah Persekutuan . – BERNAMA

Tags: mahkamahSPRM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dilarang Tonton ‘The Conjuring 2’ Seorang Diri Kerana…

Next Post

Kemenangan Besar Bukti Rakyat Mahukan Parti Yang Mantap

Related Posts

PAT Sahkan 5 Pegawai ATM Ditahan Adalah Perisik Tentera

PAT Sahkan 5 Pegawai ATM Ditahan Adalah Perisik Tentera

14/08/2025
0

PUTRAJAYA: Penahanan lima anggota perisikan tentera oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam selepas disyaki terbabit membocorkan maklumat operasi ketenteraan...

Tindakan Tatatertib Akan Dikenakan Terhadap 10 Anggota Polis Ditahan SPRM Di Johor, Pahang

Tindakan Tatatertib Akan Dikenakan Terhadap 10 Anggota Polis Ditahan SPRM Di Johor, Pahang

01/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 10 anggota polis yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Johor dan Pahang, baru-baru ini bakal...

Next Post

Kemenangan Besar Bukti Rakyat Mahukan Parti Yang Mantap

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd