• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAT Sahkan 5 Pegawai ATM Ditahan Adalah Perisik Tentera

oleh Mohd Arshad
14/08/2025
dalam Terkini
0
PAT Sahkan 5 Pegawai ATM Ditahan Adalah Perisik Tentera
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Penahanan lima anggota perisikan tentera oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam selepas disyaki terbabit membocorkan maklumat operasi ketenteraan kepada penyeludup dan bersekongkol dengan sindiket untuk membawa masuk barangan larangan seperti dadah, tidak menjejaskan operasi ketenteraan negara.

Panglima Angkatan Tentera (PAT), Tan Sri Mohd Nizam Jaffar, berkata kelima-lima individu yang ditahan itu adalah anggota Pertubuhan Perisikan Pertahanan Malaysia (MDIO) dan tempat mereka sudah digantikan serta-merta.

“Kita tiada kompromi dari segi operasi, lima anggota itu hanya ditahan. Kami boleh gantikan mereka dan (pegawai pengganti) teruskan tugas yang ditinggalkan. Tiada sebarang isu di lapangan.

“Saya yakin Pengarah MDIO, Leftenan Jeneral Datuk Razali Alias, maklum perkara ini, dan beliau akan melaksanakan tindakan sewajarnya,” katanya pada Majlis Pemasyhuran Hall of Fame Yang Pertama Maktab Ketahanan Nasional (MKN) di MKN hari ini.

Turut hadir, Panglima Tentera Darat, Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan dan Panglima Tentera Laut, Tan Sri Dr Zulhelmy Ithnain.

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata beliau yakin kebocoran maklumat keselamatan sulit yang dipercayai berpunca daripada lima pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ditahan semalam, berjaya ditangani.

Kelima-lima individu itu termasuk berpangkat Leftenan Kolonel ditahan di sekitar Lembah Klang dalam satu operasi khas SPRM yang dinamakan Op Sohor, kerana dipercayai membocorkan maklumat kepada sindiket penyeludupan di perairan Selat Melaka hingga Johor.

Siasatan awal mendapati mereka membocorkan maklumat operasi ketenteraan kepada penyeludup dan bersekongkol dengan sindiket untuk membawa masuk barangan larangan seperti dadah, rokok dan lain-lain dari negara jiran ke Malaysia.

Sementara itu, Mohd Nizam berkata, pihaknya akan memastikan ketelusan dalam siasatan SPRM terhadap lima pegawai kanan ATM yang ditahan itu.

Beliau berkata, ini termasuk berkongsi maklumat sensitif yang diperlukan bagi membantu siasatan.

“Sejak awal, kenyataan pertama saya semalam ialah kami akan beri kerjasama penuh kepada SPRM dalam menangani isu ini.

“Perkara pertama yang perlu kita tentukan ialah sama ada dakwaan itu benar atau tidak. Jika benar, kita akan ambil tindakan sewajarnya dan jika tidak, alhamdulillah.

“Namun, sementara kita berusaha mendapatkan gambaran yang lebih jelas, kita akan terus beri kerjasama penuh kepada SPRM, tanpa berselindung dan dengan sepenuhnya telus,” katanya.

Mohd Nizam berkata, orang ramai tidak perlu membuat spekulasi kerana kes ini masih dalam siasatan SPRM.

“Adalah tidak adil pada peringkat awal ini untuk menyuarakan pandangan yang kadangkala disalah tafsir dan memberi imej negatif terhadap organisasi yang bertanggungjawab mempertahankan negara.

“Jika perkara ini benar, kita harus akui terdapat kelemahan perlu ditangani. Kita tidak seharusnya kecewa, sebaliknya patut melihat ini sebagai peluang untuk memperkukuh dan memperkasakan diri dalam menghadapi cabaran akan datang.

“Jadi, beri masa dan ruang untuk SPRM menyiasat kes ini sepenuhnya,” katanya.

BHonline-

Tags: PATPegawai ATMPerisikSPRM
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd