• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dilarang Tonton ‘The Conjuring 2’ Seorang Diri Kerana…

oleh AK-47
21/06/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NAMPAKNYA, sesiapa yang ingin menonton filem seram The Conjuring 2 seorang diri mungkin perlu berfikir dua kali!

Di Filipina, sekeping gambar yang menunjukkan notis amaran yang ditampal oleh pihak KCC Cinema menyarankan penonton agar tidak menyaksikan filem arahan James Wan ini tanpa berteman telah menjadi viral di media sosial.

Menurut notis tersebut, terdapat beberapa kejadian aneh seperti ‘penampakan entiti’ dan perasaan ‘didatangi makhluk halus’ telah dilaporkan oleh penonton semasa tayangan awal pagi filem seram itu di pawagam milik gedung membeli-belah KCC Malls itu.

“Oleh kerana kami amat mengambil berat akan kesejahteraan anda, kami menasihati agar anda JANGAN TONTON FILEM INI SEORANG DIRI,” tulis notis pelik itu.

Di Filipina, Anda Dilarang Tonton 'The Conjuring 2' Seorang Diri Kerana.....
Notis amaran yang ditampal pihak KCC Cinema menasihati pengunjung agar tidak menonton The Conjuring 2 seorang diri.

Notis amaran ini bukanlah satu-satunya ‘pemberitahuan’ bahawa filem The Conjuring 2 ini benar-benar seram.

Pada 16 Jun lalu, seorang lelaki berusia 65 tahun meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung ketika menonton filem ini di India.

Lelaki berkenaan dikatakan rebah di panggung wayang Balasubramaniar Sri di Tiruvannamalai, Tamil Nadu ketika filem seram itu mencapai kemuncak tayangannya, menurut laporan portal Times Of India.

The Conjuring 2 merupakan kesinambungan daripada filem yang pertama, The Conjuring, yang menyelusuri kehidupan pasangan suami isteri Ed dan Lorraine Warren sebagai psikik pembasmi gangguan supernatural yang membantu untuk ‘membersihkan’ kediaman-kediaman klien mereka daripada gangguan makhluk halus.

Filem yang dibintangi oleh Vera Farmiga,Patrick Wilson, Frances O’Connor dan Madison Wolfe ini telah mengutip keuntungan pecah panggung berjumlah $104j (RM$22.6j) sejak ditayangkan di seluruh dunia pada awal Jun lalu. - MYNEWSHUB.CC

Tags: the conjuring 2
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Maut Ketika Tonton The Conjuring 2 Dalam Wayang

21/06/2016
0

SEORANG lelaki berusia 65 tahun meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung ketika menonton filem seram The Conjuring 2 di India....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd