Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Tart Nanas Sepit Kekal...

KUALA LUMPUR - Sudah menjadi tradisi, tart nanas adalah antara biskut raya yang...

Penjawat Awam Sarawak Nikmati...

MIRI - Sarawak mengumumkan kenaikan satu tangga gaji tahunan untuk lebih 20,000 penjawat...

Kurus Tak Makan Setelah...

JELI - Selepas hilang enam hari, seorang lelaki yang menghidap masalah mental ditemui...

Suasana Pilu Selubungi Bilik...

JEMPOL - Suasana pilu dan hiba menyelubungi perkarangan rumah mayat Hospital Jempol pagi...

Lim Mahu Jumpa Fadillah Bincang Jambatan Ketiga P.Pinang

GEORGETOWN – Ketua Menteri, Lim Guan Eng berharap dapat mengadakan pertemuan empat mata dengan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof bagi membincangkan permohonan cadangan jambatan ketiga Pulau Pinang.

Beliau berkata perjumpaan itu diharap dapat mencapai satu penemuan yang boleh diterima oleh kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan demi kepentingan rakyat.

Katanya tidak perlu ada polemik dalam media mengenai proses permohonan cadangan jambatan ketiga itu oleh kerajaan negeri yang dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 26 Mei lepas.

“Saya bersetuju bahawa memang kerajaan negeri telah membuat permohonan kepada perdana menteri. Nampaknya Datuk Seri Fadillah tidak berapa gembira kerana menyatakan (permohonan) harus dihantar kepada beliau. Saya rasa ini bukan masalah kerana perdana menteri adalah ketua kerajaan persekutuan.

“Tetapi sekiranya beliau mahu surat dihantar terus kepada beliau dan bukan sebagai salinan kepada beliau, tidak ada masalah. Saya rasa lebih baik saya hantar dengan tangan jumpa dengan beliau secara empat mata supaya kita boleh membincangkan proses permohonan,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Pada 11 Jun lepas, Fadillah berkata sebarang permohonan untuk infrastruktur harus dialamatkan terus kepada Kementerian Kerja Raya pada masa depan.


Beliau merujuk kepada surat daripada Lim kepada Najib pada 26 Mei memohon kelulusan untuk pembinaan jambatan ketiga menghubungkan Pulau Pinang dengan tanah besar sebagai respons kepada beberapa pertanyaan mengenai projek terowong dasar laut yang dicadangkan sebelumnya.

Lim berkata adalah penting kerajaan negeri mendapat kelulusan daripada kerajaan persekutuan kerana proses untuk meneliti dan membuat infrastruktur memerlukan perbelanjaan yang besar.

“Sekiranya pihak kerajaan persekutuan ikhlas untuk memberikan kelulusan dan kita mampu membina jambatan ketiga tanpa tol, kita dapat menjimatkan kos berbanding pembinaan terowong dasar laut.

“Pembinaan jambatan ketiga ini memungkinkan kita mengecualikan pembayaran tol, kami harap dapat kelulusan kerajaan persekutuan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori