Sample Page Title

GEORGE TOWN – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dilaporkan ‘ditahan’ Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan skandal banglo ‘murah’ yang dimilikinya di Jalan Pinhorn di sini.

Setiausaha Agung DAP itu dikatakan dibawa keluar oleh beberapa pegawai SPRM selepas selesai mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri tersebut di pejabat beliau di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini petang ini.

Terdahulu sebelah pagi, pejabat SPRM Pulau Pinang di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini menjadi tumpuan ramai wartawan ekoran tersebar khabar angin menyatakan Guan Eng menerima saman untuk menghadiri mahkamah.

Namun peguam beliau, RSN Rayer dalam kiriman mesej menerusi aplikasi WhatsApp menafikan berita itu konon SPRM menyerahkan saman terhadap Guan Eng untuk menghadiri perbicaraan kes banglo kontroversi tersebut.

Pada 25 Mei lalu, SPRM dalam satu kenyataan mengesahkan telah melengkapkan kertas siasatan terhadap skandal pembelian banglo harga diskaun itu dan menyerahkan kepada Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Lim Guan Eng Ditangkap SPRM Selepas Mesyuarat Exco?
Beberapa pegawai polis dan SPRM berada di luar bilik mesyuarat rasmi kerajaan negeri di Komtar.
Lim Guan Eng Ditangkap SPRM Selepas Mesyuarat Exco?
Lim Guan Eng diiringi beberapa pegawai polis dari pejabatnya di tingkat 28 Komtar, George Town.
Lim Guan Eng Ditangkap SPRM Selepas Mesyuarat Exco?
Sebuah kenderaan khas SPRM berada di kawasan parkir kenamaan di aras bawah tanah Komtar.
Lim Guan Eng Ditangkap SPRM Selepas Mesyuarat Exco?
Anggota polis kelihatan mengawal ketat setiap laluan akses ke Komtar, George Town.

Isu hartanah itu mula menjadi ‘sensasi’ apabila dibangkitkan semula oleh Ahli Parlimen BN Tasek Gelugor, Datuk Shabuddin Yahaya ketika persidangan Dewan Rakyat pada 17 Mac lalu sehingga mencetuskan perdebatan panas.

Tokoh veteran UMNO Pulau Pinang itu turut mengaitkan banglo tersebut ada hubungan dengan penjualan misteri sebidang tanah di Jalan Zainal Abidin kepada sebuah syarikat yang sepatutnya untuk dibina projek flat kos rendah.


Rentetan pendedahan itu, ramai pemimpin DAP memberi pelbagai dalih termasuk Guan Eng cuma akauntan biasa yang tidak tahu apa-apa mengenai isu hartanah tersebut dan konon fengshui banglo yang didapati kurang baik.

Kes Guan Eng yang juga Exco bertanggungjawab dalam isu tanah di Pulau Pinang menyerupai kes bekas menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo, yang dihukum penjara kerana membeli banglonya pada harga rendah.

Doktor gigi tersebut dikatakan berjaya memiliki kediaman mewah yang dilengkapi kolam renang itu dengan cara rela hati daripada individu sekali gus menerima harga diskaun ketika masih lagi berkuasa. – Mynewshub.cc/HAA

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Pahang Rekod RM31.4 Juta Kerugian Kes Penipuan

Kuantan : Kerugian dilapor mangsa kes jenayah komersial di Pahang bagi 1 Januari hingga...

Jawi Sudah Mula Siasat Gerakan Hadi Minnallah

PUTRAJAYA : Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sudah mengambil tindakan termasuk segera menyiasat...

Malaysia Akan Terima Kapal Tempur LCS Dua Tahun Lagi – Hishammuddin

Kerajaan akan melaporkan jadual dan perkembangan projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) secara berperingkat.Ikuti...

Mahkamah Tolak Permohonan Zahid Dapatkan Injunksi Terhadap Muhyiddin

KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid...

SIAPAKAH ANGGOTA PAC?

Sebelum kita beriya-iya membawang mengenai isu "kapal dah bayar tetapi tak dapat" seharusnya kita...

ISU KAPAL LCS: KEGAGALAN KEDUA RAFIZI HASUT RAKYAT

Memang tugas Rafizi Ramli menghasut rakyat. Apatah lagi dia kini Timbalan Presiden PKR. Jika...

4,684 Kes Baru, 11 Lagi Kematian

Sebanyak 4,684 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,705,824.Ikuti Mynewshub: TelegramJumlah kes...