• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lim Guan Eng Akui UMNO Bertambah Kuat

oleh Ahmad Albab
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengakui bahawa kedudukan UMNO dan Barisan Nasional (BN) di Selangor dan Perak bertambah kuat.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, UMNO dan BN bertambah kuat di Selangor dan Perak berikutan sokongan yang diterima daripada PAS.

“Jelas sekali, BN begitu yakin akan menang di kedua-dua Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini.

“Kekuatan UMNO bertambah selepas kerjasama mereka dengan PAS serta sokongan 14 Ahli Parlimen PAS,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

PRK Kuala Kangsar kali ini menyaksikan pertandingan empat penjuru antara BN, PAS, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Bebas dengan BN diwakili oleh Datin Mastura Mohd Yazid.

PRK Sungai Besar pula menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon BN, Budiman Mohd. Zohdi, calon PAS dan calon PAN.

Pakatan Harapan yang dianggotai DAP, PAN dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini mendesak PAS berundur daripada bertanding dalam kedua-dua PRK terbabit.

PAS bagaimanapun enggan mengalah dan meminta Pakatan Harapan yang berundur jika pembangkang mahu mengelakkan pertandingan sesama mereka.

Situasi itu menimbulkan suasana tegang antara pimpinan Pakatan Harapan dan PAS yang sememangnya saling berdendam akibat perpecahan Pakatan Rakyat pada tahun lalu.

Pakatan Rakyat dibubarkan oleh DAP dan PKR bagi menyingkirkan PAS daripada gabungan parti pembangkang berikutan perbalahan berhubung beberapa isu akidah Islam.

Sebuah parti Islam baharu iaitu Parti Amanah Negara (PAN) ditubuhkan oleh beberapa bekas peminpin PAS bagi menggantikan PAS dalam gabungan parti pembangkang.

Pemimpin PAN terbabit meninggalkan PAS selepas kecewa disingkirkan daripada jawatan masing-masing dalam pemilihan parti itu pada tahun lalu selain terlalu taksub dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. – mynewshub.cc

Tags: Lim Guan EngUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

Lim Guan Eng Sokong Tindakan Tegas Isu UiTM Holdings, Gesa SPRM Turut Siasat Zahid

30/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyokong tindakan tegas berhubung isu pengurusan UiTM Holdings Sdn Bhd bagi memastikan...

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

UMNO Kenang Tun Dr Siti Hasmah, Titip Doa Buat Tun Mahathir

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd