• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Mati Dalam Kejadian Letupan Bengkel

oleh Ahmad Albab
27/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SIBU – Seorang lelaki ditemukan mati dalam kejadian letupan gas di sebuah bengkel servis lori dan kereta di Jalan Ling Dik Kong di sini malam tadi.

Penguasa Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Mutalib Rashid berkata mangsa dikenali sebagai Hasmi Belengking, 24, dari Rumah Raweng, Nanga Beguang, Song ditemukan dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri di balik pintu depan bengkel.

“Mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pihak ambulans dan kemudian mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata pihaknya dimaklumkan polis yang berada di lokasi bahawa satu letupan telah berlaku dan seorang mangsa telah terperangkap di dalam bengkel itu.

Api berjaya dipadamkan oleh orang awam menggunakan alat pemadam api.

Mutalib berkata sebaik menerima panggilan kebakaran itu pada 10.29 malam, sepasukan sembilan anggota bomba dari Balai Sungai Merah dikejarkan ke tempat kejadian untuk menyelamatkan mangsa.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Saiful Bahri Abdullah berkata polis sedang menjalankan siasatan terperinci dari semua aspek bagi menentukan sama ada kematian mangsa terdapat elemen jenayah atau sebaliknya. – BERNAMA

Tags: lelakiletupan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anggota MALBATT Di Lubnan Selamat, Tahap Keselamatan Dipertingkat Susulan Serangan Mortar

Anggota MALBATT Di Lubnan Selamat, Tahap Keselamatan Dipertingkat Susulan Serangan Mortar

05/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan seluruh anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 yang sedang melaksanakan misi pengaman di...

Pasukan MALBATT di Selatan Lubnan Diarah Berjaga-Jaga

Pasukan MALBATT di Selatan Lubnan Diarah Berjaga-Jaga

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Beberapa insiden letupan berlaku di kawasan operasi berhampiran Markas Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd