Monday, May 13, 2024

Creating liberating content

Pesawat Pengawasan Maritim Airbus C295 Tiba Di Malaysia

PETALING JAYA - Pesawat pengawasan maritim canggih Airbus  C295 kini berada di Malaysia, iaitu antara negara persinggahannya dalam jelajah Asia selama...

Lelaki Tertembak Rakan Baik...

Jertih : Seorang lelaki ditahan polis selepas tertembak rakannya dengan peluru penabur sehingga...

Pembelian Hotel Di London:...

KOTA SAMARAHAN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mendapatkan Mutual Legal Assistance...

10 Exco Baharu Selangor...

KLANG - Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor pada Jumaat mengangkat...

Lelaki Ini Minum Air Kencing Sendiri Selama 23 Tahun

PELIK tapi benar. Seorang lelaki warga China melakukan amalan jijik lagi meloyakan dengan meminum air kencingnya sendiri.

Ini kerana lelaki sudah lewat usia itu percaya air najis itu boleh mengubati penyakit yang ada dalam tubuhnya.

Malah, dia yang merupakan pengarah pemasaran Persatuan Terapi Air Kencing China memberitahu, telah melakukan amalan itu selama 23 tahun.

“Sudah 23 tahun (minum air kencing sendiri). Saya minum air kencing saya sejak usia saya 48 tahun. Air kencing dapat menyembuhkan pelbagai penyakit.

“Penyakit punggung, emfisema dan rabun jauh yang saya alami sebelum ini hilang selepas saya minum air kencing sendiri,” katanya.

Tambahnya, dia yang kini ketagih, meminum air kencing itu setiap hari sebaik sahaja bangun tidur,


“Saya meminum air itu yang saya siapkan pada malam sebelumnya dan juga memakan buah. Selepas itu, saya hanya akan meminum air kencing saya sendiri,” katanya yang tidak mual atau jijik untuk meminum air kencing.

Difahamkan, amalan meminum air kencing sebagai bahan perubatan juga terdapat di Barat dan dipanggil “urotherapy”. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori