• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki 19 Tahun Didakwa Cuba Bunuh Trump

oleh Ahmad Albab
21/06/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LOS ANGELES – Seorang lelaki berusia 19 tahun didakwa di mahkamah kerana cuba merampas pistol seorang anggota polis ketika kempen Donald Trump di Las Vegas sewaktu percubaan membunuh calon presiden dari Republikan itu.

Berdasarkan aduan yang difailkan di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat di Nevada, Michael Sandford cuba melucutkan senjata api anggota polis itu ketika kempen pada 18 Jun lalu di Mystere Theatre, Treasure Island Casino sebelum ditahan.

Difahamkan pemuda itu memberitahu ejen Khidmat Rahsia selepas beliau ditahan bahawa dirinya memandu dari California hingga ke Las Vegas untuk ‘membunuh Trump’ dan pergi ke lapang sasar bagi belajar menembak kerana tidak pernah menggunakan senjata api sebelum ini.

“Sandford memaklumkan bahawa dia mungkin dapat melepaskan satu hingga dua das dan menjelaskan dirinya akan dibunuh oleh polis ketika percubaan membunuh Trump,” kata aduan berkenaan.

Sandford, yang memiliki lesen memandu Britain berkata, dirinya membeli tiket untuk hadir pada kempen di Phoenix di mana dia ‘akan cuba membunuh Trump sekali lagi’ selepas perancangannya di Las Vegas gagal.

Sementara itu, pegawai tidak dapat mengesahkan Sandford berasal dari mana dan memberitahu penyiasat bahawa dirinya sudah berada 18 bulan di Amerika Syarikat dan menetap di Hoboken, New Jersey sebelum pergi ke California. – AFP

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

Ramanan Seru Hayati Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim, Nabi Ismail A.S

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri R Ramanan menyeru masyarakat menghayati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim...

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

Isu UEC, Bahasa Kebangsaan Tidak Timbul Jika Sistem Sekolah Satu Aliran – Anuar Ahmad

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pensyarah dan pakar pendidikan, Dr. Anuar Ahmad mempersoalkan kesungguhan pelbagai pihak dalam merealisasikan sistem sekolah satu aliran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd