• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 100 Kes Tolak Vaksin Direkodkan Di Perak Jan-Mei

oleh Ahmad Albab
26/06/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAPAH – Sebanyak 102 kes ibu bapa menolak suntikan vaksin untuk anak mereka direkodkan dalam tempoh Januari hingga Mei tahun ini di Perak, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 100 kes melibatkan keluarga daripada kaum Melayu.

“Pada tahun 2015 terdapat 145 kes ibu bapa menolak suntikan vaksin untuk anak mereka di Perak,” katanya kepada Bernama selepas merasmikan bengkel dan ceramah motivasi bagi guru dan pelajar daerah Batang Padang, di sini hari ini.

Dr. Mah berkata keengganan ibu bapa mengambil suntikan vaksin untuk anak mereka boleh mengundang bahaya kerana kanak-kanak tersebut terdedah dengan pelbagai penyakit yang boleh menyebabkan kematian.

Katanya pengambilan suntikan vaksin adalah satu daripada perkembangan dalam dunia perubatan yang paling baik dan dapat membawa pelbagai manfaat kepada manusia.

“Dalam perubatan kita panggil ‘herd immunity’ (imuniti kumpulan) iaitu individu yang mempunyai (rangkaian) vaksin dapat menghentikan penyakit itu dari terus merebak.

“Sebagai contoh dalam satu kumpulan beberapa orang yang mengambil vaksin dan tidak, apabila penyakit itu merebak individu yang mengambil vaksin, penyakit itu akan terhenti di situ. Jadi ia bukan sahaja menyelamatkan individu itu sendiri malah orang lain,” katanya.

Dr. Mah berkata ibu bapa tidak harus terpengaruh dengan khabar angin bahawa kanak-kanak akan menjadi cacat sekiranya mengambil suntikan vaksin kerana perkara itu sangat jarang berlaku.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr. Juwita Ghazali ketika dihubungi Bernama berkata terdapat beberapa sebab ibu bapa menolak suntikan vaksin antaranya berkaitan isu halal, homeopati, ragu-ragu, takut kesan sampingan, pengaruh keluarga, kos rawatan serta rawatan tradisional.

“Ada di antara ibu yang menolak pengambilan vaksin ini terdiri daripada golongan profesional awam dan swasta dan juga suri rumah,” katanya.

Dr. Juwita menasihati ibu bapa tidak harus meragui atau bimbang mengenai isu halal kerana kerana semua jenis vaksin yang diberi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia disahkan halal. – BERNAMA

Tags: anti vaksinPerak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

Parti Amanah Kesal Pembangkang Tunggang Isu Harga Minyak Untuk Keuntungan Politik

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Perak mengecam sikap pembangkang menunggang isu harga minyak demi keuntungan politik. Timbalan...

Bonus Raya RM1,500 Untuk Penjawat Awam Perak

Bonus Raya RM1,500 Untuk Penjawat Awam Perak

23/02/2026
0

IPOH - Kerajaan Perak mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri berjumlah RM1,500 kepada semua kakitangan awam di negeri itu....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd