• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kit Siang Tolak Kerjasama PAS, Pakatan Harapan

oleh Ahmad Albab
23/06/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang membidas kenyataan Naib Presiden PAS, Idris Ahmad bahawa Pakatan Harapan perlu memberi laluan kepada PAS bertanding satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Tegas beliau, pandangan Idris itu tidak logik kerana pertandingan satu lawan satu bukan `ubat ajaib’ untuk menumbangkan kerajaan BN kerana dasar PAS tidak sama dengan Pakatan Harapan.

Beliau mengingatkan Idris bahawa perpecahan Pakatan Rakyat pada tahun lalu berpunca daripada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak menghormati dasar bersama yang dipersetujui Pakatan Rakyat.

“Jika berlaku pertembungan satu lawan satu dengan BN di Kuala Kangsar dan Sungai Besar baru-baru ini, BN pasti mendapat majoriti yang lebih besar sehingga 16,000 dan 11,000 undi.

“Ia kerana 80 peratus daripada pengundi yang mengundi PAN dalam kedua-dua PRK tersebut pasti tidak akan mengundi PAS sebaliknya akan mengundi BN,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, Kit Siang membayangkan adalah wajar untuk Pakatan Harapan tidak menjalin kerjasama dengan PAS memandangkan PAS didakwa akan lenyap di Selangor dan Perak dalam PRU14.

Beliau turut memperlekehkan PAS yang ketinggalan 901 undi kepada PAN dalam PRK Kuala Kangsar pada 18 Jun lalu.

Portal-portal berita propembangkang selepas kedua-dua PRK terbabit berakhir bersungguh-sungguh mengeluarkan artikel yang bertujuan memujuk supaya PAS kembali menyertai DAP dan Parti Keadilan Rakyat.

Ia berikutan kemenangan bergaya BN sedangkan rata-rata pemimpin Pakatan Harapan sebelum ini begitu yakin mereka akan menang besar dalam pilihan raya terbabit berdasarkan pelbagai dakyah dan pembohongan yang telah mereka lemparkan ke atas BN.

PAS disingkirkan daripada gabungan parti pembangkang oleh DAP dan PKR gara-gara enggan tunduk kepada desakan DAP dalam beberapa isu akidah Islam. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Lim Kit Siang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kit Siang Teruskan Tindakan Saman, Tuntut Ganti Rugi Terhadap Annuar

Kit Siang Teruskan Tindakan Saman, Tuntut Ganti Rugi Terhadap Annuar

09/07/2023
0

Kuala Lumpur : Veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang memutuskan meneruskan tindakan undang-undang terhadap Pengerusi Muafakat Nasional (MN) Tan...

Pilih Mahathir, Kesilapan Hussein Onn Paling Besar – Lim

Pilih Mahathir, Kesilapan Hussein Onn Paling Besar – Lim

04/07/2023
0

Kesilapan memilih Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin nombor dua Umno mengubah hala tuju negara, kata pemimpin DAP itu. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd